
Seorang pengguna media sosial menyifatkan tindakan usahawan, Kieda Crepe yang berjumpa dengan seorang wanita kerana tidak dapat menerima kritikan terhadap ‘crepe’ dijual sebagai perbuatan melampau.
Jaga tingkah laku
@.thisisque RANCAK ANDA EHHH !! #kiedacrepe #malaysia #bullycustomer #kiedacrepeviral #viraltoday #malaysiaviral
Menerusi hantaran di TikTok, individu dikenali sebagai Que menasihati Kieda supaya menjaga tingkah laku dan tidak cepat melatah apabila ada pelanggan yang memberi ulasan jujur kepada produknya.
Kieda Crepe, awak semakin rancak ya. Pertama kali saya nak cakap awak patut bersyukur kerana masih ada yang menyokong awak.
Awak jangan terlalu melebih, ini peringatan daripada saya sebagai seorang yang kali lihat pelbagai isu membabitkan awak. Tapi cara awak itu sudah melebih.
Jadi sementara ada yang masih menyokong awak untuk sentiasa jaga tingkah laku dan kata-kata. Jangan sampai nanti apa yang awak buat terkena balik pada diri sendiri.
Berhenti buli pelanggan
Sementara itu, menerusi sebuah lagi video, Que turut menasihati Kieda supaya berhenti menormalisasikan budaya membuli pelanggan dengan mengugut untuk menyaman mereka.
Berhenti normalisasikan membuli pelanggan. Apabila pelanggan memberi komen kepada produk awak dan awak rasa tidak berpuas hati kemudian guna perkataan peguam, awak patut berhenti.
Mentaliti orang Malaysia, sikit-sikit nak saman. Apa yang nak disamannya? Setakat crepe nak saman-menyaman.
Terdahulu, seorang wanita memberi ulasan jujur dengan mengatakan ‘crepe’ yang dijual Kieda tidak sedap selain harga yang diletakkan tidak berpatutan.
Tidak lama kemudian, Kieda berjumpa dengan wanita terbabit dan mendakwa tindakannya telah memberi kesan negatif kepada syarikat. Malah, Kieda telah memulangkan semula wang wanita itu.
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply