[VIDEO] Achey Gadai 48 Biji Motor Untuk Biaya Kos Perubatan Arwah Ibu – ‘Ini Yang Korang Kata Membazir Ja Aku Beli Dulu Tu’

Pernah dikatakan membazir kerana mempunyai sebanyak 48 buah motosikal, pelawak Achey membuktikan bahawa pembeliannya itu berguna apabila dapat membantu membiayai kos perubatan arwah ibunya, Ngaisah Hassan.

Jual 48 biji moto untuk mak

@sembangseram

Semoga arwah tenang disana, jom sama sedekahkan alfatihah utk Ibu Achey #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #Kisahhantu #Achey #Acheybocey #AcheyPodcast #Safwannazri #Safwannazrjpod #Safwannazripodcast

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Menurut Achey, hasil daripada menjual kesemua motor kepunyaannya itu, dia dapat membayar kos perubatan untuk merawat arwah ibunya yang menghidap penyakit kanser pankreas yang berjumlah puluhan ribu ringgit.

Sebelum ini orang kecoh dengan aku, ‘Wah ada 48 biji motosikal’.

Ramai yang bagitahu aku, ‘Oi jadi artis beringatlah. Kau ada sampai 48 biji motor kau nak buat apa?’

Tapi aku ada visi aku sendiri. Dekat sini aku nak bagitahu, ini bukan nak mengungkit ya tapi lebih kepada persediaan buat anak-anak di luar sana.

48 biji motosikal yang aku ada itu, aku ‘cairkan’ dengan cepat. Satu per satu aku jual.

Inilah benda yang korang cakap rugi ja aku beli. Ada yang cakap baik beli tanah dan sebagainya.

Tapi benda (48 biji motor) inilah yang korang kata rugi aku beli (tapi membantu).

Achey berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast ‘Sembang Seram’ yang dikendalikan pelakon, Safwan Nazri.

Berkongsi lanjut, Achey memaklumkan sebagai seorang anak, sudah tentu dia mahu menyediakan rawatan yang terbaik buat arwah ibunya ketika itu.

Arwah mak aku sakit dulu selepas arwah ayah aku meninggal, ada komplikasi di bahagian pankreas dia.

Waktu itu, sudah tentu sebagai anak aku nak berikan perubatan yang terbaik untuk mak aku selepas apa yang dia dah lakukan terhadap anak-anak dia.

Jadi, aku memang nak dapatkan rawatan yang terbaik untuk mak aku.

Selepas itu Perintah Kawal Pergerakan (PKP), mak aku dijangkiti Covid-19 dan dalam masa sama ada kanser sekali.

Berapa jumlah kos? Pergi lantak sebab aku ada barang-barang yang korang kata aku membazir itu.

Kos rawatan akan jadi bertambah jadi apa yang aku buat?

Isteri juga ada membantu

Dalam pada itu, Achey atau nama lengkapnya Mohd Nasir Hamzah turut berterima kasih kepada isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya yang sanggup menggadaikan barang kemasnya semata untuk membantu membiayai kos rawatan ibunya.

Masa itu, isteri aku pun rela hati membantu. Sebab itu aku cakap, isteri aku ini ‘lain’.

Waktu itu dia tahu dalam akaun bank aku tak banyak sangat duit tapi dia tolong dengan cara gadaikan barang kemas dia.

Itulah perjuangan isteri aku untuk mak mentua dia.

Tapi selepas aku dapat balik duit, aku berjaya gantikan semula apa yang isteri aku ‘cairkan’ untuk mak aku.

Sekadar info, ibu kepada Achey iaitu arwah Ngaisah mengembuskan nafas terakhir akibat kanser pankreas di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 25 April 2022.

Sumber: TikTok, YouTube Sembang Seram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*