
Suami kepada usahawan Kieda Crepe, iaitu Hilmi Zaki tampil menjelaskan keadaan susulan penularan video isterinya yang berjumpa dengan pelanggan yang didakwa telah memberikan ‘bad review’ kepada perniagaannya.
Galakkan Kieda jumpa
@amykiedamerchadise Semoga dipermudahkan segala urusan @KC CREPE PENANG . In sha Allah , Allah Maha Baik . Berbalik kepada Niat kita.. 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 @KiedaCrepeHouse @KIEDACREPETOUR
♬ original sound – AMY KIEDA MERCHANDISE – AMY KIEDA MERCHANDISE
Menerusi TikTok, Hilmi atau lebih mesra disapa Amy memaklumkan dia sendiri yang menggalakkan isterinya untuk berjumpa dengan individu tersebut bagi tujuan menjernihkan keadaan antara dua pihak.
Jelasnya, tindakan itu diambil susulan ayat yang kurang menyenangkan ditulis wanita tersebut menerusi hantaran yang dibuatnya.
Sebagai seorang peniaga, memang kena profesional, terima segala kritikan dan hadam walau sakit hati macam mana sekalipun.
Tapi kali ini yang Kieda ambil tindakan ini, saya sendiri yang galakkan.
Sebab kita nak buat satu pencerahan selepas sesetengah netizen melaga-lagakan Kieda dan pihak ‘B’.
Terdapat staf pihak ‘B’ yang menghina makanan. Tak sedap tak apa, sedap ini adalah satu subjektif tapi tolonglah jangan tutup periuk nasi mana-mana peniaga sekalipun.
Sebab dalam kapsyen yang ditulis dia kata, ‘Kieda Crepe game pelanggan’.
Anggap tindakan wanita keterlaluan
Bercerita lanjut, Amy mengakui kesilapan pihaknya yang memuat naik video pertemuan tersebut.
Ujarnya, sebagai peniaga mereka perlu bersikap terbuka menerima segala kritikan namun menganggap tindakan wanita tersebut sebagai melampaui batas.
Berkaitan bad review, selama tiga tahun saya berada di Kieda Crepe, (anda) nak bagi rating 1/10 ke 2/10 ke atau memang tak kena ditekak ke, itu adalah hak pembeli.
Wallahi, Kieda Crepe tak pernah ambil serius pun dan kami ambil ia sebagai cara untuk kami perbaiki lagi produk kami.
Contoh, dulu orang kata durian custard kami tak rasa durian, kami keluarkan durian yang original. Kita dengar apa yang netizen kata.
Lagi satu nak bagitahu, cuba kalian pejam mata dan pegang hati, siapa yang mulakan dulu?
Kalau pihak ‘B’ tak mulakan dulu, Kieda Crepe takkan ambil tindakan serius seperti ini, itu sahaja.
Di akhir perkongsian, Amy menyifatkan apa yang berlaku ketika ini sebagai ujian buat perniagaannya dengan Kieda.
Ujian tetap ujian, mana tahu Allah nak beri rezeki yang lebih kepada Kieda Crepe.
Tapi Dia bagi ujian dulu untuk tengok boleh hadap atau tidak.
Komen netizen
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih lebih 460,000 tontonan dan lebih 17,000 tanda suka.
Walau bagaimanapun, penjelasan dibuat Amy itu telah mengundang rasa kurang senang netizen yang beranggapan tindakan tersebut sebagai keterlaluan.
Mereka juga menasihati Amy untuk menggunakan peranan sebagai suami dengan menasihati Kieda untuk lebih menjaga adab.
Sementara itu, amatan OhBulan! mendapati Amy bertindak menutup ruangan komen selepas menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply