M4ngsa kes l4nggar lari masih di ICU… Polis sahkan pemandu Navara bukan pemilik kenderaan

PEMANDU trak pikap Nissan Navara yang melanggar sebuah motosikal berkuasa tinggi pada Sabtu bukan pemilik kenderaan tersebut, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

“Setakat semalam (Ahad), mangsa yang cedera parah masih berada di wad unit rawatan rapi (ICU) dan berada di bawah pemerhatian rapi pihak hospital,” katanya.

Polis juga sedang memohon lanjutan reman terhadap suspek, tambah Mohd Zamzuri.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) merempuh sebuah motosikal berhampiran plaza Tol Jalan Duta, menyebabkan sepasang suami isteri cedera.

Rakaman kejadian itu turut tular sehingga identiti pemilik kenderaan tersebut disebarkan di media sosial.

Pada Ahad, mStar melaporkan pemilik kenderaan itu, Balan Radhakrishnan membuat laporan polis selepas alamat rumah serta foto miliknya disebarkan orang ramai.

Jelas Balan, trak pikap itu dipinjamkan kepada saudaranya sebelum ia terlibat dalam insiden berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*