Bimbang em0si terjejas, Ridzuan Ridzokumura tukar sekolah anak risau Sky diej3k rakan

KEHILANGAN wanita yang bergelar ibu memberi kesan buat anak kepada usahawan dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura iaitu Sky Taizo Okumura.

Dedah Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, anaknya sering dijadikan bahan usikan rakan-rakan di sekolah selepas kematian isteri iaitu Allahyarham Akiko Okumura.

Bimbang ia akan menjejaskan kesihatan mental, Ridzuan mengambil keputusan untuk menukarkan Sky ke sekolah yang lain.

Sky masih bersedih kehilangan ibu tersayang.

“Saya tukarkan sekolah Sky sebab nampak dia tak selesa kena ejek dengan rakan-rakan di tempat lama.

“Jadi saya faham apa yang Sky rasa, tambah pula risau jika dia alami depresi.

“Budak-budak itu mengata sampai buatkan
Sky terasa, mereka kata Sky ada satu sahaja keluarga tapi mereka ada dua,” ceritanya.

Ridzuan berkongsi perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok miliknya pada pagi Selasa.

Dalam masa sama, dia juga memaklumkan mereka berdua pernah mendapatkan khidmat nasihat psikiatri.

Namun disebabkan beberapa kekangan termasuk kos, sesi berkenaan tidak dapat dilakukan selalu.

“Saya kasihan tengok Sky, kadang-kadang nampak dia duduk seorang diri dan menangis.

Saya tukarkan sekolah Sky sebab nampak dia tak selesa kena ejek dengan rakan-rakan di tempat lama.

RIDZUAN RIDZOKUMURA

USAHAWAN DAN PEMPENGARUH

“Kami berdua ada berjumpa dengan pakar psikiatri dan kosnya bukannya murah.

“Untuk Sky enam jam sahaja dah RM3,500, manakala saya untuk satu jam dikenakan sebanyak RM2,750,” jelasnya

Allahyarham Akiko meninggal dunia pada 28 Februari lalu akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor.

Ridzuan risau mental Sky jika terus menerima ejekan rakan di sekolah lama.

Jenazah wanita berusia 50-an itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya pada 1 Mac lalu.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan canaya mata lelaki laitu Sky yang kini berusia 18 tahun.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*