‘Buat Apa Saya Nak Jadi Gil4 Macam Dulu Sebab Sekarang Ramai Dah Gil4’ – Iqram Dinzly

Pelakon Iqram Dinzly tampil menjelaskan tentang watak uniknya, Prince Chiki Dinzly, yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa di media sosial dan menjadi bualan ramai rakyat Malaysia selama bertahun-tahun.

Prince Chiki Dinzly cipta fenomena besar

Ketika ditemui!, Iqram atau nama lengkapnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 44, berkata dia sentiasa berusaha mengawal dirinya sebaik mungkin kerana tidak mahu masyarakat terus melabelnya sebagai gila disebabakan watak Prince Chiki Dinzly.

Baginya, apa yang dilihat negatif oleh sesetengah pihak sebenarnya merupakan anugerah besar yang diberikan oleh Allah SWT.

Saya berusaha mengawal diri saya sebaik mungkin sebab saya tak nak orang anggap saya gila. Mungkin orang nampak itu negatif, tapi itu anugerah paling besar Allah bagi dekat saya.

Watak Prince Chiki Dinzly tu membuatkan fenomena besar pada Malaysia bukan setakat berbulan tetapi bertahun-tahun.

Tambah Iqram lagi, watak Prince Chiki Dinzly bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi membawa pesanan tersirat yang kini terbukti satu demi satu berlaku.

Prince Chiki Dinzly adalah satu pesona untuk memberitahu apa yang berlaku pada masa hadapan. Apa yang dipersembahkan itu telah pun terjadi satu per satu sehingga ke hari ini.

Mengulas tentang kecaman netizen, Iqram mengakui dia tidak terganggu dengan komen-komen sinis netizen kerana baginya mereka hanya mahu bergurau. Namun, dia terkilan dengan individu yang berpura-pura alim sehingga merosakkan imejnya.

Netizen sepatutnya bersyukur sebab saya berikan Prince Chiki Dinzly tu untuk korang berhibur.

Saya ada baca komen, saya tak terganggu dengan netizen tapi saya terganggu dengan makhluk yang ‘acah- acah’ ustaz ni yang bagi kenyataan sehingga nama Iqram Dinzly tu busuk.

Sementara itu, Iqram menegaskan dia bukanlah seorang yang mudah terpengaruh dengan trend semasa, sebaliknya lebih selesa menjadi diri sendiri.

Buat apa saya nak jadi gila seperti dahulu sebab sekarang ramai sudah gila. Saya ini merupakan seorang yang tidak suka mengikuti trend semasa. Saya ini suka melawan arus.

Dalam perkembangan lain, Iqram mendedahkan bahawa tahun ini membawa perubahan positif dalam hidupnya. Selain masih aktif dalam bidang lakonan, dia juga kini menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan.

Alhamdulillah, tahun ini agak berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini dan saya nampak hala tuju lebih kepada perniagaan. Saya ada juga berlakon tapi dalam masa yang sama saya fokus kepada perniagaan.

Selepas ini, saya target untuk berlakon filem dengan memegang watak yang berbeza daripada kebiasaan drama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*