Seb4k tengok Shuib ‘throwback’ momen isteri umum h4mil di Tanah Suci, beri nama ‘Bintang’ anak Makkah

SEDIH menerima berita duka pemergian bayi dalam kandungan isterinya iaitu Watie Hanifiah, pelawak dan usahawan Shuib tetap bersyukur kerana dapat merasai kehadiran anak itu walau hanya seketika.

Reda dengan takdir Watie keguguran, Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, bagaimanapun berkata kehamilan isteri itu bagaikan satu anugerah cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

“Simpan sini buat kenangan yang dia (bayi) pernah hadir dalam keluarga kami. Nam Bintang, ‘Anak Makkah’.

Shuib (kiri) reda menerima takdir pemergian bayi dalam kandungan Watie.

“Terima kasih di atas kehadiran walaupun hanya sekejap. la cukup bermakna dan indah buat kami sekeluarga lebih-lebih lagi mummy (panggilan isteri),” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis.

Bersama kapsyen itu, dia turut berkongsi video momen bersama anak-anak menerima keputusan ujian kehamilan Watie.

Video tersebut dipercayai dirakam ketika mereka sekeluarga berada di Makkah pada April lalu bagi mengerjakan ibadah umrah.

Sebelum menunjukkan kit ujian kehamilan, Watie memberitahu dia sudah melakukan dua kali pemeriksaan, namun keputusan masih negatif.

Mereka sekeluarga kemudian melompat kegembiraan meraikan berita gembira Watie hamil anak pertama bersama Shuib.

Dalam hantaran sama, Shuib turut menitip doa buat isterinya itu agar kuat berdepan ujian dan yakin ada rezeki lebih baik buat mereka.

“Insya-Allah semoga jumpa di syurga. Daddy (panggilan Shuib) dan anak-anak sayang mummy. Awak sudah buat yang terbaik, susunan Allah lebih mengetahui.

“Semoga kita semua dikurniakan rahmat dan berkat dunia dan akhirat,” ujarnya.

Pada Rabu, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkongsi khabar duka mengalami keguguran ketika hamil anak pertama.

Shuib sekeluarga menunaikan ibadah umrah pada April lalu.

Kata Watie, dia merasa sedih atas kehilangan bayi dalam kandungan dan memberitahu sudah mendapat petanda dalam mimpi berdepan situasi tersebut.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*