
Tindakan pelakon Puteri Balqis membantu seorang remaja lelaki telah menyorot perhatian warganet.
Borong semua buah
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Balqis atau nama lengkapnya Puteri Balqis Azizi terserempak dengan seorang remaja yang menjual buah-buahan di jalanan.
Terkesan melihat kegigihan remaja berkenaan, Balqis kemudian memborong kesemua buah-buahan tersebut .
Saya jalan-jalan dekat sini dan nampak adik Khairul jual buah untuk tolong ibu dia.
Hari ini saya nak beli semua stock buah-buahan dia.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dengan tindakan pelakon drama Keluarga Itu tersebut yang disifatkan murah hati untuk berkongsi rezeki.
Pakai seluar tidur, pakai baju Dior sambil tolong adik yang sedang lalui apa yang pernah dia lalui.
Sebab dia pernah hidup susah jadi dia faham sangat macam mana rasanya. Nampak dia punya rasa sensitif bila adik tu kata nak tolong mak dia.
Sudahlah pelakon terbaik, hati pun baik. Tak nampak pun dia nak menunjuk, tapi nampak dia sangat ikhlas.
Baiknya, semoga Allah lipat gandakan rezeki kamu berdua.
Hari demi hari awak membesar dan sudah remaja tetapi matang dari usia. Semoga rezeki kamu sentiasa melimpah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply