[VIDEO] Momen Suami Isteri Berpelukan Sebelum Ke Mahkamah Syariah Undang Sebak – ‘Berpisah Bukan Bererti Membenci..’

Sudah menjadi satu lumrah dalam melayari bahtera perkahwinan, pasti akan dilanda badai dan ketika itulah, hubungan suami isteri mula teruji.

Baru-baru ini, tular video di media sosial memaparkan sepasang suami isteri berpelukan sebelum hadir ke mahkamah syariah untuk proses percer4ian.

‘Berpisah bukan bererti membenci..’

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, sepasang suami isteri dalam perjalanan ke mahkamah syariah dengan menaiki kereta yang sama. Namun apa yang mencuri tumpuan ramai apabila melihat pasangan ini begitu mesra sambil berpegangan tangan.

Hubungan mereka dilihat dalam keadaan baik-baik sahaja malah mereka turut bersalaman dan berpelukan buat kali terakhir sebelum membuat haluan masing-masing. Sesekali kelihatan pasangan ini sebak sambil mengalirkan air mata.

Video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 2 juta tontonan di aplikasi TikTok. Wargamaya akui sebak dan hiba melihat pasangan ini yang terpaksa melalui liku-liku rumah tangga sehingga bercerai meskipun hubungan mereka dilihat tidak bermasalah. Dalam pada itu, wargamaya mendoakan agar urusan pasangan ini dipermudahkan selain berharap agar mereka disatukan kembali.

Video:

@manboss805

Berpisah bukan bererti membenci antara satu sama lain🫠ada jodoh bertemu kembali💪🏻

♬ original sound – MANBOSS – MANBOSS

Sumber: Manboss805

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*