Alif Satar K0ngsi Pengalaman Jumpa Pembvli Dalam Penj4ra, Titip Nasihat Untuk Anak Muda – ‘Orang Bod*h Je Fikir Kau Cool Bila Mem*kul’

Penyanyi, Alif Satar berkongsi pengalamannya ketika melawat sebuah penjara dan melihat keadaan penghuni sel.

Pembuli dipenjara

@itsalifsatar

banyak lagi cerita

♬ original sound – alifsatar – alifsatar

Alif berkata, ketika lawatannya itu dia mendengar banyak kisah yang menjadi punca penghuni sel dimasukkan dalam penjara termasuk mereka yang membuli sehingga menyebabkan kematian.

Jelas penyanyi berusia 34 tahun itu, dia berasa bersimpati melihat keadaan banduan yang hidup serba serbi kekurangan sehingga terpaksa berkongsi tempat makan.

Saya sempat bertemu dengan penghuni dalam penjara, macam-macam jenayah yang dilakukan oleh mereka dan saya pernah duduk dengan individu yang membuli sehingga menyebabkan kematian.

Ada satu kisah ketika bulan puasa, saya bertanya kepada pegawai penjara kenapa ada satu tong di tengah-tengah antara mereka, rupanya mereka makan dalam tong itu.

Mereka yang duduk dalam penjara, tiada tingkap, tiada kipas, tiada tilam. Nak buang air dekat hujung bilik. Sangat kasihan.

Alif berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok miliknya.

‘Jangan tunjuk handal’

Dalam pada itu, pelantun lagu Anugerah Terindah berharap golongan anak muda di luar sana supaya menjadikan perkongsiannya itu sebagai pengajaran supaya tidak melakukan kesalahan membuli.

Tegas Alif, gejala membuli bukan perkara yang sihat, sebaliknya mematuhi suruhan Nabi adalah panduan yang tepat untuk berjaya dunia dan akhirat.

Kepada adik-adik yang rasa nak tunjuk hebat dalam sekolah, saya nak bagitahu tiada orang rasa apabila pukul orang lain itu hebat.

Tahu tak apa yang ‘cool’? Yang ‘cool’ bila kita ikut apa yang disuruh oleh Nabi. Jaga mak ayah, bersungguh-sungguh kejar ilmu, tolong komuniti. Hisap rokok itu tidak ‘cool’.

Orang bodoh je yang fikir kau ‘cool’ bila kau memukul orang lain. Sebelum nak buli orang lain dan jadi kematian, ingatlah bukan kau je rasa tapi orang di sekeliling akan terkena tempias. Pesan saya jangan tunjuk handal.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*