Marissa Dania Tampil Beri Penjelasan Isu Rumah Tangga, Pilih Selesaikan Secara Peribadi

Rumah tangga pempengaruh, Marissa Dania bersama suaminya, Muhammad Aslam terus menjadi tumpuan netizen apabila isu peribadi keluarga mereka dilihat semakin hangat dibincangkan di media sosial.

‘Semuanya saya selesaikan secara peribadi’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ini akhirnya tampil memberi respon dan menjelaskan pendiriannya berhubung perkara terbabit.

Assalamualaikum semuanya. Bagi menjelaskan apa yang telah diperkatakan . Saya pun sama je macam kalian semua, baru dapat tahu pasal semua kenyataan petang tadi.

Marissa menegaskan bahawa dia memilih untuk menyelesaikan segala isu secara peribadi tanpa melibatkan sebarang perbalahan terbuka di media sosial.

Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat. Tiada balas-membalas di media sosial.

Selain itu, madu kepada pempengaruh Umisya Mazlan ini juga meminta agar semua pihak menghormati batasan dalam hal-hal berkaitan keluarga.

Mohon hormati batasan kalian dalam hal ini ya. Saya minta maaf sekiranya ada khilaf atau menimbulkan salah faham.

Sebelum ini, perang media sosial antara Abby dan Aslam tercetus apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby berhubung polemik yang melanda keluarga mereka. Dakwa Aslam, dia juga ada membuat permohonaan maaf secara peribadi kepada Abby.

Bagaimanapun, menafikan kenyataan menantunya yang mengatakan ada membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya.

Misya kemudian tampil mendedahkan akaun Instagram miliknya disekat oleh Abby Abadi dan Marissa.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. Manakala,  Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

Sumber: Threads Marissa Dania

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*