‘Definisi Cantik Adalah Bella Astillah’ – Syed Saddiq

Kemesraan dan keserasian yang ditonjolkan antara penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bersama ahli politik iaitu Syed Saddiq kian mendapat perhatian ramai.

Pujian YB

@bellaastillah_94

Korang pun pakai g2g ke? Sebab best tau! Tahan seharian sampai ke malam ☺️🫶🏻 Mua jemputan ni kan haihhh.. sabar je lah🌚 @Glad2Glow.my

♬ original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Bella bersama Saddiq dilihat sekali lagi bekerjasama mempromosikan jenama kosmetik.

Ahli Parlimen Muar itu turut menyahut cabaran daripada Bella untuk meletakkan solekan di wajahnya.

Sebab awak macam kucing, jadi saya kena sapu foundation ini di bawah dagu juga.

Awak pakai shade apa-apa pun cantik. 

Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah kemudian bertanya kepada Saddiq apakah definisi cantik baginya. 

Definisi cantik..Bella Astillah.

Jawapan ringkas yang diberikan oleh Saddiq tersebut telah membuatkan aktres berusia 31 tahun itu senyum lebar.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja apabila mendengar pujian Saddiq terhadap Bella.

Terdahulu, Bella dan Saddiq berkolaborasi bersama bagi menjayakan promosi sebuah jenama pakaian tempatan. 

Ahli politik berasal dari Johor itu juga sebelum ini pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Sumber: TikTok Bella Astillah 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*