
Pelawak Saiful Apek tampil menjelaskan mengenai foto yang tular memaparkan dirinya ditahan pihak polis, baru-baru ini.
Bukan ditahan
Menurut Apek atau nama sebenar Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, berkata, gambar tersebut diambil ketika pihak polis sedang meleraikan pertelingkahan antaranya dengan seorang individu.
Jelasnya, pertikaian lidah itu cetus kerana individu berkenaan memperlekehkan filem lakonan 6 Jilake dan pengarah naskhah itu, Aziz M Osman.
Individu dalam foto itu memang saya cuma situasi sebenarnya saya bukan ditahan, tapi sebaliknya pihak polis sedang meleraikan salah faham.
Tapi saya bukan bergaduh, memang ya nampak dalam gambar macam bergaduh tapi tidak.
Apa yang membuatkan saya terusik apabila dia sebut nama abang saya, Aziz serta mendakwa filem lakonan saya, 6 Jilake adalah sampah.
Kalau setakat sebut nama saya, saya masih boleh kawal tapi ini membabitkan individu yang saya anggap sebagai sifu.
Apek berkata demikian ketika ditemui di majlis Terbaek Raya mStar yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Perlekeh filem 6 Jilake
Berkongsi lanjut, anggota Senario itu berkata, insiden berkenaan terjadi ketika dia menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tan Sri Razarudin Husain, di Cheras, Isnin lalu.
Ketika kejadian saya hadir ke rumah terbuka Inspektor Jeneral Tan Sri Razarudin, tiba-tiba ada seorang individu yang tak dikenali membuat provokasi berkenaan filem itu sehingga saya hilang sabar.
Saya pun bangun dan beredar kerana tidak mengganggu majlis. Saya ingatkan habis di situ, tapi bila saya ke parkir kereta, individu masih melakukan provokasi sehingga datangnya pihak polis meleraikan pertelingkahan kami.
Susulan kontroversi itu, Apek turut memohon maaf kepada keluarga dan sahabat yang turut terpalit dalam kontroversi berkenaan.
Saya harap semua orang jelas dengan kenyataan ini dan saya mohon semua bertenang terutamanya ahli keluarga dan sahabat terdekat yang terkejut mendengar apa yang berlaku.
Cuma apa yang paling saya risau apabila ramai yang menghubungi ahli Senario terutamanya Azlee yang kini mempunyai masalah jantung.
Sebelum ini, kecoh apabila sebuah portal melaporkan kelibat seorang individu didakwa seorang pelawak memakai baju merah jambu yang menyamai Apek ditahan oleh dua anggota polis.
Bagaimanapun, lokasi dan punca kejadian tidak dikenal pasti.
Dalam foto berkenaan, dia yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu bersama seorang lagi individu dilihat ditahan oleh dua anggota beruniform di satu lokasi yang tidak diketahui.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply