Saiful Apek Terkil4n Ditudvh Terlibat Kes Dad4h, Ingatkan Orang Ramai Tentang Rukun Iman Keenam

Pelawak, Saiful Apek mengakui terkilan apabila ada segelintir pihak membuat andaian melulu berhubung foto dia bersama beberapa anggota polis susulan insiden pertelingkahan dengan seorang individu.

Pelbagai tuduhan

Apek atau nama sebenar Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, berkata, orang ramai seharusnya mencari kesahihan mengenai gambar tersebut terlebih dahulu sebelum membuat spekulasi tidak benar yang boleh menjatuhkan fitnah.

Kata Apek, dengan penjelasan diberikan harapnya dapat menyangkal dakwaan mengatakan dia ditahan polis kerana terlibat kes dadah.

Kita kena percaya pada rukun Iman keenam iaitu Qada dan Qadar. Perlu percaya segala yang berlaku sudah tertulis oleh Allah. Tapi ramai yang gagal menangani rukun Iman keenam itu.

Kita sebagai manusia perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan. Jangan kita bercakap buruk sesuatu yang kita tidak tahu kesahihannya. Tidak hanya percakapan, tetapi juga tindakan.

Selepas artikel saya keluar ramai yang buat spekulasi sendiri kata saya terbabit macam kes sahabat saya (kes dadah). Malah, ada juga yang buka semula cerita lama saya.

Daripada terus membiarkan orang buat dosa kering, lebih baik saya tampil menjelaskan perkara sebenar apa yang berlaku.

Apek berkata demikian ketika ditemui di majlis Terbaek Raya mStar yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ramai terpalit

Dalam pada itu, Apek turut memohon maaf kepada ahli keluarga dan anggota Senario yang terheret sama berhubung kontroversi berkenaan.

Macam saya sendiri tidak sangka implikasinya juga terkena pada ahli Senario yang lain. Saya minta maaf kepada mereka kerana tidak jangka akan jadi sebegini teruk.

Saya juga nak minta maaf kepada isteri, adik-beradik dan keluarga saya. Harap semua jangan cepat melatah kerana inilah dunia.

Terdahulu, Apek menjelaskan dirinya bukan ditahan, sebaliknya foto yang tular dirakamkan adalah ketika polis sedang meleraikan pertelingkahan membabitkannya dan seorang individu tidak dikenali.

Jelasnya, pertikaian lidah itu cetus kerana individu berkenaan memperlekehkan filem lakonannya 6 Jilake dan pengarah naskhah itu, Aziz M Osman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*