Fattah Amin Dan Amira Othman Dalam Debaran Menunggu Hari Bahagia? Pengurus Minta Doakan Yang Terbaik

Walaupun tidak pernah memberi pengesahan rasmi, peminat pasangan Fattah Amin dan Amira Othman kelihatan semakin teruja dan tidak sabar untuk melihat kedua-duanya disatukan secara sah.

Baru-baru ini, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pengurus kepada pelakon filem Mat Kilau yang dikenali sebagai Aca dilihat menjawab soalan-soalan daripada pengikutnya.

@cute08628

kredit live TT Sakirin Shak #doabaikbaik🤲 #fikirbaikbaik #fattahamin #amiraothman #fyp #viral #tiktokviral #trending #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – cute – cute

Apabila diajukan soalan mengenai status hubungan Fattah dan Amira, Aca hanya memberikan jawapan ringkas:

Doakan yang baik-baik.

Jawapan itu nyata mengundang keterujaan dalam kalangan peminat yang membanjiri ruangan komen dengan doa dan harapan agar hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Antara reaksi warganet:

Alhamdulillah Aca tak menidakkan.

Kalau betul jodoh mereka, semoga ini yang terakhir dan kekal hingga ke akhir hayat.

Kalau Aca dah jawab macam tu, faham-faham je lah… tak sabar!

Semoga dipermudahkan urusan Fattah dan Amira. Kalau dah jodoh, tak ke mana.”

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan bahawa Fattah dan Amira sedang menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan. Namun, sehingga kini, masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada kedua-dua pihak berkenaan spekulasi tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*