
Aktiviti memancing merupakan salah satu hobi yang cukup digemari oleh masyarakat terutamanya kaum lelaki malah aktiviti ini boleh juga mendatangkan habuan lumayan buat mereka setiap kali menyertai mana-mana pertandingan.
Namun, apakah hukum jika seseorang itu memenangi hadiah wang tunai hasil pertandingan memancing yang disertai mereka itu?
Ustaz Azhar Idrus beri penjelasan
@izyani0715 Episod 67 | Duit hasil menang pertandingan memancing #memancing #pertandingan #hukum #dalam #islam
Menurut pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, hukum memenangi hadiah wang tunai ketika menyertai pertandingan memancing boleh dibahagikan kepada dua.
Okay baik saya beri contoh, seorang pemancing masuk pertandingan dan perlu membayar wang pendaftaran RM50 dan kalau 1000 orang yang sertai jumlahnya dah jadi RM50,000.
Dan kalaulah daripada RM50,000 itu diambil sebanyak RM20,000 untuk dijadikan sebagai hadiah utama maka itu adalah judi namanya.
Kerana yang menang itu akan menang hadiah utama hasil daripada RM50 yang dibayar manakala pemancing lain yang tidak bernasib baik pula akan ‘hilang’ Rm50 mereka yang dijadikan sebagai sebahagian daripada hadiah kemenangan.
Tambah Ustaz Azhar, hadiah wang tunai itu tidak akan dikira sebagai perbuatan judi dan halal sekiranya wang pendaftaran tidak digunakan pihak penganjur sebagai sebahagian daripada hadiah kemenangan.
Tetapi ia tidak akan menjadi judi kalau yuran yang dibayar mereka itu tadi penganjur jadikan untuk membayar sewa tapak ke, buat baju ke atau upah pekerja mereka yang melakukan kerja.
Selain itu, ia tidak menjadi judi kalau hadiah utama pertandingan itu disediakan oleh pihak ketiga.
Pemuda menang RM200,000
@
Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang pemuda yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM200,000 selepas dinobatkan sebagai juara bagi sebuah pertandingan memancing.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang tidak menyangka aktiviti itu boleh memberikan habuan yang lumayan kepada mereka yang gemar memancing.
Dalam masa yang sama, ada juga yang tertanya-tanya mengenai sumber hadiah kemenangan itu.
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply