
Usahawan Kak KM berbesar hati menghadiahkan barang kemas kepada pendakwah Ustazah Asni Mansor sempena hari lahirnya baru-baru ini.
Hari lahir ustazah
@kakkmshop
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberi sebentuk cincin emas kepada Ustazah Asni semasa kunjungannya ke rumah pendakwah tersebut.
Ustazah Asni kemudian menghargai pemberian Kak KM dan mendoakan kesejahteraannya.
Terima kasih. Semoga Allah melapangkan hidup.
Seperti mana Kak KM membahagiakan orang lain, begitu juga Allah membahagiakan dunia akhirat, limpahkan hidayah dan rahmat untuk Kak KM juga.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet suka melihat persahabatan antara mereka dan memuji keperibadian Ustazah Asni.
Alhamdulillah, ustazah tak nilai Kak KM dari luaran.
Kekalkan circle yang macam ini Kak KM, saya aminkan doa ustazah.
Tengok ustazah, relaks sahaja kawan dengan Kak KM. Dia doakan Kak KM, orang lain pula hentam ikut suka acah-acah paling bagus.
Antara sikap Kak KM dan ustazah yang patut kita contohi.
Sumber: TikTok Kak KM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply