
Pelakon, Nora Danish mahu menjual semua koleksi kasut tumit tinggi miliknya yang sudah tidak dipakai lagi.
Surah al-Humazah
Nora atau nama lengkap Nora Danish Mohd. Hanif, 43, berkata, dia bertindak menjual kasut miliknya selepas memahami maksud surah al-Humazah.
Katanya, surah tersebut menceritakan tentang golongan yang dihumban ke dalam neraka khas disebabkan terlalu melebihkan harta berbanding agama Allah.
Saya mahu menjual semua kasut tumit saya, ada macam-macam warna, saiz antara 35 dan 35.5, yang berminat boleh DM saya.
Saya terbuka surah al-Humazah, tentang golongan pengkeji yang dimasukakan ke dalam neraka khas iaitu neraka al-Hutamah.
Neraka ketiga dari bawah, neraka al-Hutamah penghuninya adalah golongan yang menghitung harta.
Meletakkan harta mereka lebih daripada Allah. Jadi saya refleks semula diri saya. Segala apa yang saya tak pakai, saya mahu jual.
Nora berkongsi perkara itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama bersiri Puteri ini berkata, dia akan menggunakan semua hasil jualan untuk membeli barang keperluan dan bersedekah.
Duit-duit itu pula saya akan gunakan untuk beli barang keperluan lain atau digunakan untuk bersedekah.
Sumber: Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply