
Usahawan dan pelawak, Shuib, sekali lagi menzahirkan bangga dengan anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra selepas berjaya membuat persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends yang berlangsung di Singapura, pada Sabtu.
‘Daddy bangga’
Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad, 40, berkata, dia gembira menyaksikan Thalita begitu yakin menyampaikan dua buah lagu yang juga milik arwah isterinya, Siti Sarah berjudul Kesetiaan dan Makin Benci Makin Cinta (duet dengan Shuib).
Malam ini (10 Mei) anak perempuan kesayangan daddy yang umurnya baru 12 tahun betul-betul buat daddy bangga.
Awak buat hati daddy berbunga-bunga di belakang pentas, Thalita. Suara awak sangat indah dan nampak berkeyakinan.
Shuib berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok beserta potongan video Thalita menyanyi.
Dalam pada itu, Shuib berkata, arwah isterinya pasti turut berasa bangga dengan anak mereka jika masih hidup.
Kalau ibu ada hari ini, dialah manusia paling bahagia atas muka bumi ini tengok awak buat persembahan di atas pentas sebesar ini. Awak dengan cara awak dan suara yang dah macam suara ibu.
Kongsi Shuib lagi, dia akan sentiasa menyokong minat anaknya dalam bidang nyanyian sehingga nyawanya yang terakhir.
Daddy akan sentiasa ada dengan Thlita, sentiasa jadi tulang belakang awak sampai daddy sudah tiada (meninggal dunia), insya-Allah.
Yang daddy mahu, awak buatlah yang terbaik dalam apa saja yang awak buat okay. I love you so much Thalita.
Selain Thalita, antara penyanyi lain yang menjayakan konsert tersebut adalah Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Asmidar, Hazama dan Hafiz Suip.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply