[VIDEO] Bella Astillah Terima Anugerah Ikon Ibu Muda, Minta Maaf Tak Ikut ‘Dress Code’ – ‘Saya & Team Tidak Dimaklumkan ..’

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menerima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Ahad.

Ramai lagi lebih layak

Bella, 31, bersyukur dengan anugerah yang diberikan walaupun merasakan ada lagi golongan ibu yang lebih layak untuk menerima. Bagaimanapun, Bella menyifatkan penghormatan ini sebagai rezeki daripada Allah SWT.

Alhamdulillah. Saya benar-benar berbesar hati menerima Anugerah Ikon Ibu 2025. Sejujurnya saya rasa ada ramai lagi yang lebih layak tetapi saya percaya ini rezeki dari-Nya. Syukur Alhamdulillah.

Ibu kepada dua cahaya mata ini menerima anugerah berbentuk sijil, selempang dan sejambak bunga disampaikan oleh isteri kepada Yang di Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin sambil disaksikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri dan isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.

Soal pakaian

Bukan itu saja, pemilik nama Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, turut memohon maaf kerana pemakaian yang digayakan tidak mengikut ‘dress code’ yang sudah ditetapkan.

Jelas Bella, dia akan patuh etika pemakaian sekiranya ‘person incharge’ memaklumkan kepada dirinya dan pasukan terlebih awal.

Saya juga ingin memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang disebabkan oleh pakaian saya. Saya dan pasukan tidak dimaklumkan tentang kod pakaian. Sekiranya saya tahu, pasti akan berpakaian yang sesuai.

Saya sangat mementingkan penampilan. Saya berasa kecewa juga. Saya minta maaf.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OHBULAN! (@ohbulanofficial)

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*