Rupanya anak gajah belum m4ti selepas dig1lis… Lelaki cerita si ibu cuba tolak kepala lori tapi tak berdaya

KISAH tragis seekor anak gajah yang mati selepas digilis sebuah lori pada awal pagi Ahad terus menjadi bualan ramai di media sosial.

Seorang individu dikenali sebagai Mohd Amir Faizal yang terlibat dalam rondaan dan pemantauan keselamatan di kawasan kejadian turut tampil berkongsi cerita mengenai ibu dan anak gajah itu.

Menerusi siaran langsung di Facebook, sukarelawan itu mendedahkan anak gajah tersebut sebenarnya belum mati selepas ia dirempuh dan digilis oleh lori.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Masa gajah tolak lori, kawan saya cerita memang ada bunyi (gajah) ketika itu. la cuba nak tolak lori, nak tarik sebab anaknya masih hidup dan begerak.

“la cuba tolak kepala lori tu untuk tarik anaknya keluar. Ibu gajah cuba yang terbaik untuk tarik anak keluar, malangnya tak mampu sebab berat (muatan) ayam apa semua,” ujarnya.

Menurutnya lagi, bahagian hadapan lori itu turut rosak akibat usaha ibu gajah yang mahu menyelamatkan anaknya.

66
Seperti ia meratap anaknya mati. Memang tak boleh buat apa dah.
MOHD AMIR FAIZAL SUKARELAWAN

“Memang kerosakan di depan lori adalah (disebabkan) si ibu gajah cuba tolak lori nak bagi anaknya keluar.

“Cuba bayangkan kalau kita melihat keluarga kita tersepit dalam kereta semasa kemalangan, itulah situasinya,” ujarnya lagi.

Menurut Mohd Amir, gajah tersebut pada awalnya agak agresif, namun berjaya ditenteramkan selepas diberi ubat pelali.

“Waktu itu mereka hanya bagi ubat penenang saja untuk menteteramkan ibu gajah yang agresif pada awalnya.

“Kebetulan selepas ditembak, bila kena penenang, ia dah tak agresif. Jadi amat sedih. Ketika tengok video yang kawan saya rakam, gajah letak kepala di dinding lori, memang sedih sangat.

“Seperti ia meratap anaknya mati. Memang tak boleh buat apa dah. Saya tak boleh tengok sangat video tu, sebak sangat,” ceritanya lagi.

Mohd Amir berkata dia sebak mengenangkan kisah ibu gajah itu.

Video tular insiden tragis itu turut mengundang sebak dalam kalangan rakyat Malaysia, apatah lagi ia berlaku pada tarikh sambutan Hari lbu.

“Dengar cerita ni bertambah menangis. Tak sangka pula anaknya masih bernyawa masa ibu cuba selamatkan.

“Memang semua sebak tengok kemalangan anak gajah tu. Sebak disebabkan ibu gajah. Sedih tengok di sisi lori.

“Seekor ibu gajah menangis, seluruh ibu menangis. Allah saja yang tahu,” tulis beberapa netizen.

Kejadian itu mengundang sebak netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib dua gajah berkenaan.

Pada Ahad, melaporkan seekor anak gajah jantan berusia kira-kira lima tahun mati selepas gilis sebuah lori di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Perak.

Insiden itu tular selepas video yang dimuat naik oleh saksi menunjukkan ibu gajah tersebut setia menanti di sisi lori selepas anaknya mati.

Ibu gajah itu dianggarkan berusia antara 25 hingga 27 tahun.

Pasukan dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak dan Kelantan turut dihantar ke lokasi kejadian.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*