
Pada Ahad, telah berlangsungnya majlis menyambut menantu melibatkan penyanyi, Aisyah Aziz dan suaminya, Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail yang diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Majlis yang bertemakan Islamik itu kemudiannya tular dan menyorot perhatian netizen.
Majlis penuh nuansa Islami
Lihat siaran ini di Instagram
Menerusi perkongsian dimuat naik pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, dapat dilihat Aisyah tampil menawan dan sopan apabila mengenakan purdah, manakala suaminya yang merupakan abang kepada pendakwah bebas, PU RIZ tampil ringkas berbaju Melayu berona kelabu.
Menurut Fedtri, acara tersebut begitu indah apabila pasangan pengantin diiringi dengan alunan ayat suci al-Quran dan selawat sepanjang majlis berlangsung.
Alhamdulillah dapat mengacarakan resepsi indah penyanyi, Aisyah Aziz dan Dr. Amir dalam nuansa suci dan klasik.
Selawat, qasidah dan bacaan ayat suci al-Quran melengkapkan majlis yang penuh tertib.
Semoga ikatan berpadu ke jannah.
Raih perhatian netizen
Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya tertumpu pada Aisyah yang berpurdah.
Malah ada juga yang berteka-teki dan membuat andaian bahawa Aisyah akan akan mengikut jejak langkah birasnya, Neelofa yang turut berpurdah.
Pada 11 April lalu, Aisyah atau nama lengkapnya Nur Aisyah Aziz selamat bernikah dengan Dr. Amir dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah masjid di Singapura.
Sumber: IG Fedtri Yahya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply