
Penyanyi Sharifah Zarina berkongsi pengalaman bersama seorang warga emas yang menyentuh hati semasa berada di dalam kapal terbang.
Utamakan solat
@realsharifahzarina Waktu tidak pernah tidak mengizinkan. Terserah kita
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Zarina atau nama lengkapnya Sharifah Zarina Wan Hassan berkata, dia ditanya jam puku berapa oleh seorang warga emas.
Pertanyaannya itu membuatkan dirinya tersentuh apabila individu itu terus mengangkat takbir untuk menunaikan solat apabila diberitahu sudah pukul 6:00 pagi.
Waktu tidak pernah tidak mengizinkan.
Terserah kita.
Video berdurasi selama 16 saat itu meraih lebih 300 ribu tontonan di TikTok yang turut tersentuh dengan warga emas itu yang menjaga hubungan dengan Allah.
‘Nak nangis boleh tak?’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesan dengan perkongsian Zarina yang menyedarkan kepentingan untuk solat walau di mana sahaja kita berada. Selain itu, warganet turut mendoakan agar urusan warga emas tersebut dipermudahkan.
Sumber: TikTok @sharifahzarina
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply