Isteri Shuib kegvguran, dapat petanda mimpi kehilangan ‘Bintang’

ISTERI kepada pelawak Shuib iaitu Watie berkongsi khabar duka mengalami keguguran ketika hamil anak pertama.

Meluahkan rasa sedih kehilangan bayi dalam kandungan itu, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, juga memberitahu dia bagaikan sudah bermimpi berdepan situasi itu.

“Maaf kerana tak menjaga kamu dgn baik saat kamu ada di dalam rahim mummy.

Luahan Watie di Instagram.

“Mummy dah dapat petanda dari mimpi yang Mummy akan keguguran. Setiap masa mummy fikir adakah mimpi itu akan jadi kenyataan.

“11 Mei 2025 mummy dapat berita kamu betul-betul pergi,” katanya.

Watie menulis coretan itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman instagram miliknya.

Malah dia turut menggelarkan anak dalam kandungan itu dengan panggilan Bintang.

Reda akan apa yang berlaku, Watie juga bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasa fasa sebagai seorang ibu hamil.

“Mungkin masih banyak yang perlu mummy pelajari sebelum kami lahir ke dunia ini.

Watie bersama Shuib dan anak-anaknya.

“Mummy reda walau ianya terasa perit untuk hadapi. Mummy tetap bersyukur Allah titipkan kami walau hanya beberapa bulan yang indah,” luahnya.

Sebelum ini desas-desus Watie sedang hamil menjadi bualan ramai apabial pengikut di media sosial mula ternampak baby bump dalam gambar yang dikongsi.

Untuk rekod Watie dan Shuib bernikah pada 23 Jun 2023.

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*