‘Sampai Tengah Mengaji Al-Quran’ – Cerita Keluarga Tinggal Dalam Khemah Tarik Perhatian Ustaz Ebit Lew

Kisah keluarga seorang penuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai iaitu Maznah Ismail, yang tinggal di dalam khemah serba kekurangan bersama keluarga abangnya Radzuan Ismail ternyata mencvri tumpuan netizen sejak semalam.

Di Facebook, seorang lelaki sempat berkongsi kisah tersebut selepas pelajar jurusan kejuruteraan awam itu balik ke kampung halamannya di Malan, Dangi, Negeri Sembilan. Pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew turut tampil memberikan bantuan buat keluarga ini selepas beliau mendapat tahu mengenai kisah kehidupan keluarga tersebut.

Terpaksa tinggal di dalam khemah

1 Mei 2020. Kecoh apabila kisah seorang pelajar UTM Skudai yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan kejuruteraan awam balik ke kampong halamannya di Malan, Dangi diviralkan oleh pemandu kenderaan IPD yang menghantar beliau balik malam tadi. Pelajar tersebut, Maznah Binti Ismail yang terkandas dalam kampus sejak penularan wab4k Covid 19 dibenarkan balik ke kampong bersama pelajar lain selepas larangan PKP dilonggarkan oleh Kerajaan.

Tinggal bersama dalam khemah usang itu ialah Abang kandungnya, Radzuan bin Ismail bersama isteri dan 6 orang anak beliau. Radzuan bekerja di Kilang Sawit di Batu 10, tidak mampu mendirikan rumah baharu. Gajinya hanya RM1200 sebulan sedangkan beliau terpaksa menyekolahkan enam orang anak. Anaknya yang sulung berusia 22 tahun sedang belajar di UIA, Gombak.

Dengan tersebarnya berita mengemparkan ini, YTM Dato’ Hj. Muhammed Bin Hj. Abdullah, Undang Luak Johol telah meminta Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Undang Johol untuk meninjau keadaan sebenar dan ingin mendapat laporan terperinci mengapa Maznah dan abang beliau sekeluarga terpaksa tinggal di dalam khemah begitu rupa. YTM juga telah mengirim sedekah peribadi dan sedikit barang keperluan asas harian.

Mohon rumah baru

Maznah menceritakan rumah asal yang terbakar pada 20 Oktober 2015 itu dibina oleh arw4h ayah beliau yang men1nggal pada tahun 2011. Rumah itu telah dipindah milik oleh arw4h ayah kepada Maznah pada tahun 2010. Pada tahun 2018 Maznah dengan rela hati telah memberikan rumah dan tanah tersebut kepada abangnya Radzuan setelah ibunya kembali ke Rahmatullah.

Untuk makluman, Radzuan (sebelum itu Maznah) telah memohon untuk mendapat sebuah rumah PPRT daripada pihak berwajib. Malangnya, permohonan tersebut tidak menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.

Sebagai wakil Yayasan Undang Johol, saya akan menyediakan laporan terperinci kisah yang dihadapi oleh Maznah dan abangnya, Radzuwan mengenai karenah birokrasi yang mereka alami bagi mendapatkan sebuah rumah PPRT kepada YTM Dato’ Undang Hj. Muhammed. Ia melibatkan beberapa Jabatan dan agensi kerajaan dan tidak wajar dilaporkan disini.

YTM Dato’ Undang, sebagai pemerintah Luak Johol, pasti tidak mahu melihat rakyatnya tinggal dalam keadaan daif seperti itu. YTM pasti akan meminta Jabatan/agensi kerajaan yang terlibat untuk mengambil tindakan segera bagi membantu keluarga malang ini mendapatkan sebuah rumah PPRT.

Rasa nak menangis

Seb4k dari semalam lihat gambar rumah keluarga ini di Malan N.Sembilan. Selepas sahur terus ke sana. Syukur saya bersama ketua kampung dan ahli kariah membantu saya berjumpa abang ini. Mereka semua ambil berat hal abang ini. Bila sampai dekat rumah tengok rumah terus rasa nak menangis. Keluarga ini semua kenal saya. Terima kaseh ustaz datang jauh-jauh. Rezeki bertemu disini.

Beliau bersama isteri dan 2 anak kecilnya duduk disini semenjak PKP ini. 2 anak di universiti. Sebelum ini beliau cuma seorang diri sebab kerja di kilang di Malan. Gaji kecil. Mereka ada rumah asnaf di Selangor oleh zakat selangor. Mereka tersangkut terus disini sebab PKP. Ini tapak rumah arw4h mak ayahnya yang terbakar 2015. Sedang menunggu keputusan memohon rumah pprt. Mereka bersyukur dan jenis tidak meminta-minta. Tenang jer. Tadi sampai tengah mengaji Al-Quran.

Saya datang nak cari rumah sementara tapi saya dimaklumkan yb dan penduduk setempat akan menguruskannya. Jadi saya beri duit belanja pada abang ini. Pagi ini Yb setempat kata pada tuan rumah akan uruskan hantar keluarga ini balik ke klang dulu. Mereka siapkan van. Terima kaseh pada Yb dan penduduk setempat yang akan menguruskan semuanya. Syukur Alhamdulillah Yb,DO, Zakat Selangor, BaitulMal Negeri Sembilan membantu menghantar bantuan. Syukur Alhamdulillah. Syukur. Semoga Allah mudahkan semuanya. Saya doakan rumah kecil abang ini dapat dibina selepas pkp ini.

Manakala menerusi Facebook Ustaz Ebit, dia bersyukur kerana dapat berjumpa dengan keluarga tersebut. Tambahnya, dia sangat tersentuh apabila melihat keadaan rumah yang didiami keluarga itu. Ustaz Ebit turut memberitahu bahawa keluarga tersebut mempunyai rumah asnaf namun, mereka terkandas di tapak rumah arw4h mak dan ayah yang terbakar sejak 2015. Di samping itu, Ustaz Ebit turut mendoakan rumah keluarga itu segera dibina selepas PKP ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Bro Misai & Ebit Lew/OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*