Usung Katil Hospital

Kebiasaannya kita akan menggunakan kenderaan yang lebih besar untuk membawa barang-barang.

Tetapi lain pula yang terjadi apabila dua orang pemuda ini dengan selamba membawa katil hospital dengan menggunakan motosikal sahaja.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sekitar Jambatan Satok, Kuching Sarawak.

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @craz33sufri memuat naik video pendek berdurasi 10 saat itu di laman Twitter miliknya pada 8 November yang lalu sehingga mendapat tontonan sebanyak hampir 17,000.

Menurut komen yang ditinggalkan oleh netizen, kemungkinan mereka dalam usaha untuk menghantar katil tersebut ke jabatan kebajikan atau mahu membawa katil berkenaan balik ke rumah bagi digunakan oleh ahli keluarga yang sedang saki1t.

Namun disebabkan tiada kenderaan, terpaksa dibawa dengan menggunakan motosikal sahaja.

Dalam masa yang sama, mereka turut melahirkan rasa simpati kepada penunggang tersebut kerana terpaksa membawa katil berkenaan dengan cara begitu.

Bukan itu sahaja, mereka juga rasa kecewa kerana tiada kenderaan yang berhenti bagi menghulurkan bantuan.

Semoga katil berkenaan berada dalam keadaan yang baik sebaik sahaja sampai ke destinasi dan dapat digunakan oleh mereka yang memerlukan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HOTFM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*