Azhan Rani Rapat Dgn Ali Puteh, Sekali Ini Yg Berlaku

GARA-GARA bekerjasama dengan Ali Puteh dalam drama Mummy Oja, pelakon Azhan Rani menerima komen negatif daripada pengikut yang meluahkan rasa kurang senang dengan penglibatan pelawak itu.

Menjawab persoalan netizen itu, Azhan berkata, dia tiada sebarang masalah bekerjasama dengan pelawak itu kerana isu membabitkan Ali dan keluarga tiada kaitan dengan dirinya.

“Aku ni bukan la jenis suka menjawab sangat tapi aku faham kadang-kadang perlu juga dijawab sesetengah perkara yang aku rasa boleh membiakkan tox1ic (orang berfikiran negatif). Jujur aku cakap sejak bekerjasama dengan Ali Puteh ramai je yang pandang semacam kat aku. Kenapa aku baik sangat dengan dia? Nak kata macam mana, dia dengan aku dan team production tak ada masalah.

“Hal peribadi dia bukan masalah aku pun dan kami tak pernah ada rasa nak campur walaupun aku tau satu Malaysia tengah kepochi (riuh) dengan isu dia. Buat masa ni kerja dia bagus, dia penceria set (penggambaran)… akan suram bila hari dia tak ada.

“Apa pun masalah dia, aku pasti ada penghakiman dunia dan akh1irat yang adil untuk dia dan bukan hak aku atau kita yang tak ada kena mengena ini untuk mengadilinya,” katanya menerusi Instagram pada Selasa.

Azhan tiada masalah bekerjasama dengan mana-mana pelakon.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi paparan skrin komen yang ditinggalkan oleh seorang pengikut di salah satu video yang dimuat naik di laman sosial itu.

Menerusi komen, individu berkenaan meluahkan rasa kurang senang dengan penglibatan Ali dalam drama tersebut.

“Kenapa ada Ali? Tak minat tengok Ali,” tulis pengikut itu.

Abang minta maaf dik… abang up (naik) kan kau ni bukan sebab nak tengok kau popular pun tapi nak berhentikan kau sebarkan toxic.

AZHAN RANI

PELAKON

Sementara itu, Azhan berkata dia terpaksa berkongsi mengenai perkara ini kerana ingin menegur wanita itu daripada berterusan menyebarkan kebencian menerusi laman sosial.

“Abang minta maaf dik… abang up (naik) kan kau ni bukan sebab nak tengok kau popular pun tapi nak berhentikan kau sebarkan toxic.

“Tak baik buat macam tu kalau betul kau bermasalah dengan dia tak payah libatkan orang lain yang tak ada kena mengena atau kau jumpa Ali Puteh tu selesaikan masalah kau dengan dia,” ujarnya.

Azhan jawab komen yang ditinggalkan seorang pengikut.

“Kita cuba berbuat baik sesama kita dan hormat orang insyAllah ramai orang akan hormat kita… kadang-kadang tu bila kita lantang bercakap kita tak minat orang tu, kita lupa sebenarnya lagi ramai orang tengah tak minat kita,” ujarnya.

Sebelum ini, Ali terpalit dengan kontr0versi melibatkan kakak iparnya iaitu Nor Hidayah selepas Abam meningg4l dunia pada Februari lalu.

Semenjak konflik antara mereka menjadi perhatian, Ali yang juga seorang pelawak terpaksa berdepan dengan kec4man dan h1inaan daripada netizen di laman sosial.

Menerusi laporan mStar pada 28 Februari lalu, Ali mendedahkan dia menerima lebih 700,000 mesej kec4man gara-gara kontroversi tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*