Elisya Sandha selamat bertunang dengan anak Sheila Rusly?

Hari ini, warganet dikejutkan dengan satu perkhabaran gembira daripada penerbit terkenal Sheila Rusly yang telah memuat naik sekeping gambar di laman sosial Instagram memaparkan dia sedang memelvk seorang wanita yang mengenakan busana putih persis pengantin.

Bagaimanapun gambar tersebut diambil dari bahagian belakang wanita berkenaan, tidak menunjukkan wajahnya, justeru rata-rata warganet merumus pelbagai spekulasi berkenaan siapakah gerangan wanita itu dan majlis apakah itu? Tunang atau kahwin?

Dalam pada itu, ramai yang meneka bahawa wanita tersebut adalah pelakon Elisya Sandha, kekasih hati anak lelaki Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.

Eh, betul ke Elisya Sandha?

Menjengah ke laman sosial milik Elisya pula, perasaan hampa menyelubungi hati apabila dia tidak memuat naik sebarang ‘posting’ baru berkenaan ‘majlis’ berkenaan.

Bagaimanapun, hati yang hampa berbunga kembali apabila terdetik untuk memeriksa bahagian ‘tagged’ di akaun Instagram miliknya.

Wahhh, nampaknya seorang jurumekap ada berkongsi sekeping gambar menunjukkan pelakon berusia 22 tahun itu tampil menawan selepas dimekapkan olehnya.

Malah, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia turut mengenakan busana warna putih, sama seperti wanita dalam perkongsian Sheila!

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Sheila dan tidak lupa juga, Elisya serta pasangan! Harap-harap empunya badan akan berkongsi mengenai perkhabaran itu bersama para pengikut kelak. Tak baik tau buat warganet tertanya-tanya macam ni.

Ucapan tahniah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.rimbabara.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*