Pejabat Daerah Bagitahu Apa Yg Tak Kena Dgn Cara Ebit Lew Buat Misi Bantuan di Semporna

KECOH mengenai pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang tidak dibenarkan untuk melakukan misi bantuan di Semporna.

Namun dilaporkan tiada halangan untuk Ebit meneruskan misi bantuan beliau tetapi perlu memaklumkan kepada pihak berkaitan sebagai tuan rumah di daerah itu.

Pegawai Daerah Semporna, Suhaimi Ejip berkata, beliau memahami niat ikhlas Ebit Lew tetapi pihaknya tidak menerima kunjungan daripada pendakwah bebas itu sendiri dan hanya memaklumkan tujuannya untuk masuk ke pulau berkenaan selain mahu mendirikan struktur untuk pembinaan sekolah.

“Saya sebagai tuan rumah mengalu-alukan kedatangan beliau dan menghargainya namun apabila kita memasuki ‘rumah’, kita harus mengetuk ‘pintu rumah’ terlebih dahulu, namun beliau tidak datang ke Pejabat Daerah Semporna.

“Sebaliknya hanya memaklumkan jadual perjalanannya melalui pembantu peribadinya dan tidak bertemu secara bersemuka menerangkan tujuan dan jabatan yang mempunyai autoriti yang membenarkan individu atau agensi masuk ke daerah adalah Pejabat Daerah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Suhaimi berkata, perkara itu perlu mengikut protokol iaitu permohonan untuk mendirikan struktur melalui proses di bawah Ordinan Tanah Bab 68 (permohonan tanah) terlebih dahulu bagi tujuan pembinaan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di kawasan pulau.

“Kita memberi sokongan moral kepada beliau sebagai Muslim namun untuk pembinaan penempatan di bawah seliaan Taman-Taman Sabah (TTS).

“Jika Ebit melalui Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), mereka juga perlu rujuk kepada Pejabat Daerah. Kalau buat pondok sementara kita mungkin boleh benarkan atas dasar budi bicara namun jika mendirikan kelas Kafa ia bersifat kekal dan pulau itu ada pemilik atau pewarisnya,” katanya.

Sehubungan itu, Suhaimi menasihatkan supaya pihak yang ingin melakukan perkara demikian tidak mengambil tindakan melulu dengan melengkapkan barang perkakasan pembinaan tanpa kebenaran tuan tanah terlebih dahulu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat ketika diminta mengulas berhubung isu pendakwah bebas itu tidak dibenarkan memasuki pulau disebabkan isu keselamatan, beliau memaklumkan perkara itu di bawah pengurusan dan kawalan serta tanggungjawab oleh pihak TTS.

“Tidak (bukan isu keselamatan). Ia hanya lebih kepada isu kebenaran masuk dalam kawasan yang diwartakan dan di bawah pengurusan dan kawalan serta bidang tanggungjawab oleh pihak TTS,” katanya.

Terdahulu, tular kenyataan daripada pendakwah bebas itu melalui Facebooknya bahawa beliau meminta maaf kepada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang beliau Islamkan di Semporna.

Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa tidak dibenarkan masuk ke pulau di Semporna dan diminta untuk menghentikan bantuan selain memaklumkan bahawa beliau boleh dikenakan hukuman dend4 RM100,000 atau penj4ra tiga tahun.

Satu Kampung Jadi Saudara Baru

SEMPORNA – Seramai 157 penduduk di Pulau Tatagan, Semporna, Sabah mengucap dua kalimah syahadah disaksikan pendakwah terkenal, Ebit Lew sekali gus menyaksikan satu kampung berkenaan memeluk Islam pada petang Ahad.

Berita gembira itu dikongsi Ebit dalam misi memberi bantuan kepada mngsa C0vid-19 di Sabah yang dimuat naik di akaun Facebook hingga menarik perhatian warga maya.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew yang merupakan seorang mualaf memberitahu, kesemua penduduk daripada suku Bajau Laut itu memeluk Islam dengan kerelaan tanpa paksaan.

Katanya, penduduk tersebut menjadikan bot atau pondok kecil atas laut sebagai rumah untuk berteduh.

“Ya ALLAH menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini (Ahad).

“Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risik. o kem4tian tinggi untuk anak bawah setahun,” katanya.

Mengulas mengenai peristiwa bersejarah itu, kata usahawan itu, ketika menyampaikan bantuan, penduduk bertanyakan kepada beliau perihal agama.

“Tiba-tiba ramai tanya saya siapa Tuhan. Tuhan itu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua di keliling bot tadi.

“Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih ALLAH,” katanya menerusi Facebook berkenaan.

Ebit berkata, selain meneruskan bantuan makanan kepada seluruh kampung atas laut, beliau berhasrat untuk membina sebuah sekolah dan sedang mencari tenaga pengajar membimbing anak-anak itu agar menjadi manusia berguna.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*