“Baik Pilih Ita,” Nazim Othman Puji Kecantikan Dan Bakat Iman Suhana

Pelakon-pelakon Takdir Yang Tertulis semakin dikenali sejak drama itu mendapat tempat di hati para penonton.

Pada 4 Februari 2021, pelakon utamanya iaitu Nazim Othman yang membawa watak Azlan, telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Nazim menyedari adanya komen yang ditulis berkenaan drama itu mengatakan “baik pilih Ita.”

Beliau juga sempat bercanda dengan menulis:-

“Dalam ting tong dia , ada jugak bijaknya. Dah la single, selalu cuba amik hati Azlan, pandai urut-urut manja, buat Milo tabur fav pun dia tau…~?”

Namun kenyataan tersebut berdasarkan pendapatnya sebagai ‘Azlan’.

Dalam pada itu, Nazim menceritakan tentang pengalaman bekerja dengan Iman Suhana yang membawakan watak Ruzita itu:-

“(I adore this girl since our first project together a few years ago . Soar higher dik. @imansuhana)”

Nampaknya Iman ini ternyata berbeza dengan watak Ruzita yang dibawakannya.

Nazim pula menyenangi kerjasama yang dilakukan bersama untuk projek lakonan mereka.

Sementara itu, Nazim membalas satu komen pada perkongsiannya dengan memuji kecantikan, kebaikan dan bakat Iman.

Semoga nama pelakon Iman Suhana akan lebih dikenali selepas ini.

Sumber: Instagram Nazim Othman

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*