Gelagat Kucing Besar Berebut Menyusu Dengan Adik Lain Bikin Berdekah!

Bagi anak-anak kucing yang masih lagi kecil, biasanya mereka akan menyusu dengan si ibu sehinggalah mereka besar. Tetapi adakalanya, kucing yang telah besar pun masih lagi menyusu dengan ibu mereka dan tidak dapat dipisahkan. Sama seperti yang dikongsikan oleh wanita ini tentang kucing peliharaannya.

Semasa ibu kucing ini menyusukan anaknya yang masih kecil, kucing lain yang sudah besar turut sama curi-curi menyusu. Gelagat wanita ini yang membebel di dalam loghat utara marahkan kucing miliknya ini turut membuatkan netizen terhibur.

Di dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat gelagat beberapa ekor kucing sedang sibuk menyusu dengan ibu kucing yang berwarna hitam ini. Di sebalik anak kucing yang masih kecil, terdapat dua ekor kucing dewasa yang juga sibuk menyusu di situ.

Sehinggakan ada anak kucing yang masih kecil ini tidak dapat menyusu dan dihempap oleh mereka yang sudah besar. Wanita tersebut yang membebel melihatnya turut memarahi ibu kucing itu yang merelakan anaknya yang sudah besar ikut sama menyusu.

Gelagat wanita ini yang membebel dalam loghat utara turut menghiburkan netizen. Bukan saja penuh beremosi malah gayanya juga sama seperti mak-mak ketika membebel. Ada juga yang memuji kecantikan kucing yang dipeliharanya ini.

“Muka mak dia ala-ala padang pasir…”

kucing

“Kucing saya dulu macam tu la. Lepas tu saya tarik telinga depa marah…”

menyusu

“Saya orang Sabah. Tapi kalau dengar orang Kedah bebel memang auto ketawa besar…”

komen

“Hat last dok tengok tu sure dalam hati dia bising aih dia ni…”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*