Baru Kehilangan Anak, Oyen Tak Lalu Makan Bikin Sebak

Bagi pencinta kucing, telatah comel mereka pastinya menjadi salah satu sebab ramai yang berminat membela mereka. Tetapi ada kalanya, kucing akan berubah menjadi sedih atau dalam fasa kemurungan seperti yang dikongsikan gadis ini.

Kucing oren yang dibelanya baru sahaja kehilangan tiga anaknya oleh kerana penyakit berj4ngkit. Kejadian ini menyebabkan kucing itu tidak lalu makan dan kelihatan seperti menangis apabila air mata mengalir di mukanya.

 

Video tersebut tular dikongsikan di Tik Tok apabila ia meraih hampir lima juta tontonan setakat ini dalam masa sehari dikongsikan. Kucing itu dilihat tidak lalu makan semasa pemiliknya cuba memberinya makan dan langsung tidak menjamahnya.

Kucing itu juga dilihat mengalirkan air mata dan kelihatan sangat tidak bermaya. Walaupun pemiliknya telah menyediakan makanan yang banyak, ia langsung tidak tertarik dan hanya menghidu makanan itu.

Reaksi wajahnya juga kelihatan sedih ditambah pula dengan air mata yang tidak berhenti mengalir. Menurut pemiliknya, ketiga-tiga anak kucingnya itu mati disebabkan virus kucing yang dihidapi mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berasa sebak melihatkan kucing ini yang bersedih di atas pemergian anaknya itu. Ada juga yang tidak menyangka haiwan seperti kucing juga mempunyai perasaan sedih apabila kehilangan anak.

“Baru kali ini lihat kucing oyen nangis.”

kucing

“Tidak semua kucing oyen itu gila.”

baru kehilangan

“Kucing juga punya hati.”

komen

“Percayalah kucing punya hati yang sangat tulus.”

tik tok

Sumbertik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*