Exco Terengganu Dan Jiran Dikompavn RM2,000 Ziarah Aidilfitri

BESUT – Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim dikompavn sebanyak RM2,000 pada Jumaat atas kesal4han mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkaitan lar4ngan aktiviti ziarah sempena Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, Azman dipanggil bersama jirannya berhubung kehadiran tetamu di kediaman wakil rakyat itu pada pagi 1 Syawal.

“Kedua-duanya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Besut jam 12 tengah hari tadi. “Turut dikenakan kompavn RM2,000 ialah jirannya, Zakaria Mahmud,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.

Terdahulu, tular dua gambar di laman sosial Facebook memaparkan jirannya itu berkunjung ke kediaman Azman di Besut.

Berdasarkan keterangan pada gambar itu, pertemuan berkenaan dilakukan selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, namun gambar itu telah dipadamkan setelah ia menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Sementara itu, Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi ketika dihubungi berkata, beliau akur dan akan membayar denda yang dikenakan bagi kesalahan tersebut.

Katanya, beliau akan melunaskan bayaran kompaun itu di Pejabat Kesihatan Besut pada Ahad depan.

“Semua orang tanpa terkecuali tertakluk kepada SOP. Saya akvr dengan lapang dada dan akan menjelaskan kompaun sebagaimana dilakukan orang lain,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Sinarharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*