“Order Terus Bayar” Tak Minta Barang Free, Peniaga Ini Ded4hkan Sikap Sebenar Uqasha Senrose

Ada yang kata kalau nama pun artis mesti nak barang free, taknak keluarkan satu sen pun kemudian minta untuk sponsor tanpa pulangan yang lumayan.

Mungkin ada segelintir yang begitu tetapi tidak untuk pelakon Uqasha Senrose yang dilihat sering membeli sendiri setiap barang yang dimahukannya dan bukannya minta secara percuma daripada mana-mana peniaga.

Satu video yang dimuat naik oleh pengguna di aplikasi TikTok ini telah memb0ngkar sikap sebenar pelakon kelahiran negeri Kelantan itu.

Uqasha dilihat telah Direct Message (DM) penjual tersebut di aplikasi Instagram untuk bertanyakan tentang design telekung yang dijual dan tidak lama kemudian beliau terus membayar jumlah kesemua barangan tersebut.

“Yasss! And she bought it herself. Bukan sponsor.”

Ramai turut memuji sikap yang ditunjukkan oleh Uqasha dan ada juga yang mengakui bahawa tunangannya Kamal Adli itu  akan support mana-mana peniaga kecil yang baru mula berniaga tanpa diminta untuk ditaja, malah beliau akan membelinya dengan menggunakan wangnya sendiri.

Dalam masa yang sama, seorang pengguna Twitter turut memuat naik satu twit mengenai hal yang sama.

Bagus lah apa yang dibuat oleh Uqasha tu, kalau minat sesuatu terus beli sendiri bukannya minta sponsor atau jadikan alasan sebagai ‘gift review‘.

Semoga sikap murni Uqasha ini akan memberi contoh kepada semua influencer serta selebriti yang lain okay!

Sumber foto dan video: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HOTFM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*