Gelagat Wanita Ini Salam Raya Bikin Berdekah, “Perempuan Kan…”

Sedar tidak sedar, sudah lebih seminggu berlalu sejak kita merayakan Hari Raya Aidilfitri. Pastinya ramai masih lagi ingat sambutan satu Syawal minggu lalu. Sama seperti yang dikongsikan wanita ini tentang gelagatnya dan suami ketika salam raya.

Biasanya pada satu Syawal ini, orang ramai akan meminta maaf sesama manusia di atas kesalahan silam yang dilakukan. Gelagat wanita ini pula mencuri tumpuan ramai ketika salam raya bersama suaminya pada hari raya pertama itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita tersebut bermaafan dengan suaminya semasa salam raya itu. Namun, dia mencuit hati ramai apabila mengatakan dia tidak ada melakukan apa-apa kesalahan pada si suami.

Lebih mencuit hati, suaminya di situ hanya mampu mengiyakan saja apa yang dikatakan walaupun dia pernah mendengar ayat yang sama pada raya tahun lalu. Malah, wanita itu sempat berseloroh hanya suaminya yang banyak melakukan kesilapan.

Meninjau di ruangan komen, gelagat suami isteri ini turut menghiburkan netizen yang menonton. Ada juga yang mengusik kaum perempuan sememangnya tidak pernah melakukan kesalahan sebaliknya lelaki yang perlu meminta maaf.

“Perempuan kann biasalah!”

gelagat wanita

“Daripada tahun lepas tak buat salah, paling win.”

raya

“Perempuan tak payah minta maaf lelaki yang kena minta maaf kat perempuan…”

komen

“Aku baru nak minta maaf laki aku dah nangis dulu. Aku ni nak nangis terus tergelak.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*