Rambut Tak Siap, Pelajar Ini Terpaksa Ikuti Kelas Online Di Salon

Tak dapat dinafikan, kelas online pastinya mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri berbanding kelas secara fizikal. Macam yang dikongsikan pelajar ini tentang satu kejadian lucu yang berlaku padanya baru-baru ini.

Menurutnya, dia terpaksa mengikuti kelas online itu semasa sedang membuat rambut di sebuah salon. Video tersebut turut menarik perhatian ramai di mana rata-ratanya turut sama terhibur dengan gelagat pelajar ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pelajar itu memberitahu dia sedang berada di salon itu untuk mendandan rambutnya. Namun oleh kerana temu janjinya itu tertangguh sedikit lama, ianya kemudian berlarutan sehingga ke waktu dia sepatutnya mengikuti kelas online itu.

Lebih malang lagi, pensyarah untuk kelas online itu turut meminta para pelajar untuk membuka kamera mereka sepanjang kelas tersebut. Pelajar itu kemudian akur dengan arahan itu dan terpaksa menunjukkan kepada seluruh kelas tentang aktivitinya itu.

Lebih mencuit hati, pelajar itu dilihat mengikuti kelas online itu sambil beberapa pekerja sedang sibuk menyiapkan rambutnya itu. Gelagatnya itu turut membuatkan rata-rata netizen turut terhibur melihatnya.

Di ruangan komen, ada juga yang memuji sikap pelajar itu yang masih mengikuti kelas online itu walaupun dalam situasi itu. Ada juga yang berseloroh pastinya rakan sekelas yang lain tidak dapat fokus pada kelas tersebut gara-gara pelajar ini.

“Saya harap saya ada dalam kelas tu.”

“At least dia masuk kelas tu.”

“Lawak g1la.”

“Sebagai pensyarah, saya akan hargainya…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*