[Video] haiwan ini buat ramai keliru sama ada ia kucing atau anj1ng, “Catdog…”

Haiwan hibrid bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam dunia hidupan liar. Hibrid dihasilkan oleh pembiakan dua haiwan atau tumbuhan dari genetik atau populasi yang berbeza dalam spesis yang sama.

Haiwan hibrid selalunya memiliki ciri-ciri genetik dari kedua-dua ibu dan bapa dan menghasilkan gabungan sifat yang tidak wujud dalam generasi sebelumnya.

Antara haiwan hibrid yang wujud adalah Liger iaitu gabungan singa jantan dan harimau betina, Wholphin gabungan paus jantan dan ikan lumba-lumba betina, serta Zonkey iaitu keldai jantan dibiakkan dengan kuda belang betina.

Walaupun keunikan haiwan-haiwan ini sering mencvri tumpuan, penciptaan haiwan-haiwan hibrid dianggap melanggar etika kerana banyak keturunan baka hibrid mempunyai pelbagai masalah kesihatan.

Baru-baru ini pula video seekor haiwan yang tular di Twitter membuat netizen garu kepala kerana tidak dapat mengenal pasti sama ada haiwan itu anj1ng atau kucing.

Apa tidaknya, haiwan tersebut mempunyai rupa seperti anj1ng, tetapi bentuk badan dan telinga yang seperti kucing membuat ramai keliru.

Ada yang memikirkan bahawa haiwan itu adalah hibrid antara kucing dan anj1ng, namun pembiakan antara anj1ng dengan kucing adalah mustahil kerana mereka bukan dari spesis yang sama.

Sambil memikirkan perkara itu, ramai yang hadir dengan nama-nama hibrid untuk anj1ng comel tersebut.

“Kitbull…”

“Pitcat…”

“Putten…”

“Doga Cat…”

“Catdog…”

“Catdog jenis apa ni…”

“Kau takkan dapat yakinkan aku yang ni bukan hibrid kucing/anj1ng…”

“Kucing ke anj1ng ke beruang?”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*