Muat Naik Foto Bersama Anak Tiri, Netizen Puji Jep Sepahtu – “Ikhlas Terima, Muka Pun Nak Sama”

Penyampai radio dan pelawak Jep Sepahtu mencvri perhatian ramai apabila berkongsi foto sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-11 anak tirinya, Barr Al Aliy.

Menerusi laman sosial Instagram, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkongsi momen sewaktu majlis sambutan yang diraikan di kediaman mereka untuk tatapan umum.

“Happy birthday anak abah Barr Al Aliy. Semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa berada di bawah redup rahmatNya,” tulis Jep ringkas di ruangan kapsyen.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah wajah Jep yang begitu mirip dengan kedua-dua anak tirinya, sehingga ada yang menyatakan ia seperti anak Jep sendiri.

Meninjau ke ruangan komen, kasih sayang yang dipamerkan itu mendapat reaksi positif daripada wargamaya yang rata-ratanya suka melihat gelagat keluarga bahagia tersebut.

Gambar last tu rasa macam anak-anak Jep pulak. Mungkin nampak keikhlasan Jep terima anak-anak Sari macam anak sendiri,” puji seorang wargamaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)


“Gambar last, muka sepesen anak-anak dan abah,” komen seorang wargamaya.“Comel je, muka pun dah seriras dengan Jep,” tulis seorang wargamaya.

Seronoknya kalau anak-anak dapat bapak tiri macam ni. Sian anak-anak mama, mama minta maaf,” luah seorang wargamaya.

“Sweetnya family ni. Semoga berbahagia ke syurga ya Jep dan Sari sekeluarga, amin,” doa seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 98,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Komen Netizen:

Sekadar info, Jep mendirikan rumah tangga dengan Sari pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.

Sari sebelum ini juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil daripada perkahwinan terdahulu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*