[VIDEO] Kongsi Pengalaman Lucu Di Kedai, Gaya Bercerita Pula Bikin Terhibur

Setiap kali teringat pengalaman lucu yang pernah berlaku dalam hidup, mestinya ramai yang tidak dapat menahan diri dari ketawa. Sama juga macam situasi yang dikongsikan wanita ini tentang pengalaman lucu yang berlaku padanya baru-baru ini.

Selain daripada pengalaman lucu itu, gaya wanita itu bercerita turut membuatkan ramai yang terhibur melihatnya. Bukan itu saja, ada juga yang turut sama dapat relate dengan situasi memalukan yang dialaminya ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu berkongsikan pengalaman lucu yang berlaku padanya semasa berada di sebuah kedai. Menurutnya, semasa berada di sana dia terdengar seorang pelanggan yang menyanyi lagu selamat hari jadi semasa sibuk membeli barang.

Namun tidak semena-mena, wanita itu kemudian menyambung pula nyanyian dari pelanggan itu sekaligus menjadikan situasi di situ kekok dibuatnya. Sebaik saja sedar dengan apa yang berlaku, dia kemudian berlari keluar dari kedai tersebut.

Walaupun kejadian itu menghiburkan netizen, namun ramai yang turut terhibur dengan gaya wanita itu bercerita. Oleh kerana dia tidak dapat menahan ketawanya itu, wanita itu kelihatan seolah-olah mahu menangis semasa menceritakan kejadian itu.

Di ruangan komen, netizen turut sama dapat relate dengan situasi memalukan yang dikongsinya ini. Dalam masa yang sama, rata-rata netizen turut berdekah mendengar gayanya bercerita.

“Boleh pulak pergi sambung lagu besday tu dah kenapa.”

“Dah lama saya tak gelak macam ni.”

“Nak nangis ke nak gelak ni.”

“Jarang saya gelak tengok orang bercerita.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*