“Bersyukur, Kami Bahagia Dalam Berserdehana.” Fasha Sandha Pakai Baju Raya Beli Online RM30.60 Sahaja

Aktres versatil, Fasha Sandha menyambut Hari Raya Korban tahun ini dalam keadaan yang serba sederhana tetapi penuh makna.

Berkongsikan fotonya sekeluarga yang sedondon dalam rona biru, bintang drama Scammer ini turut menyatakan rasa syukur atas apa adanya.

“Raya di rumah lagi. Rindu Family. Memandangkan tak boleh keluar kemana manapun, sarung je baju apa yang ada, ni baju ibu beli online kat lazada RM30.60.

“Kami bersyukur. Kami bahagia dalam berserdehana,” tulis Fasha sebagai kapsyen di Instagram buat tatapan umum.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut mengucapkan selamat hari raya buat Fasha sekeluarga.

“Walau ibu pakau baju RM30.60, ibu tetap lawa. Selamat hari raya buat ibu seisi keluarga,” ucap seorang peminat.

“Selamat hari raya akak. Tolong hug baby tu untuk saya,” seloroh peminat lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Selamat hari taya my childhood favourite actress,” peminat lain yang berikan berikan respon.

“Siap 60 sen pun bagitahu ye. Selamat hari raya love you,” komen seorang peminat.

“Specially Aidil Adha Celebration. Happy nice to miss Fasha Sandha and family. Maaf zahir batin,” respon peminat lainnya pula.

Komen Netizen:

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*