KERJA-KERJA bertukang atau pembinaan lazimnya sinonim dengan kaum lelaki. Maklumlah, kerja dalam lapangan ini bukan sahaja memerlukan fizikal dan tenaga yang kuat, malah banyak bermain dengan bahan ‘k0tor’ seperti simen, tanah atau pasir.
Namun menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, gelagat sekumpulan wanita yang rancak bertukang tanpa menghir4ukan cuaca panas dan berpakaian c0mot, menarik perhatian ramai.
“Bagus pekerja-pekerja ayah ni. Patut la ber3but orang nak masuk meminang,” demikian tulis kapsyen pada perkongsian yang sehingga kini meraih lebih 100,000 jumlah tontonan.
Malah jika dilihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wanita-wanita berkenaan yang tidak kek0k membancuh simen, menolak kereta sorong dan bertukang.
“Macam ni baru boleh bagi hantaran tinggi. Harga tapak hantaran RM50,000,” demikian antara komen yang ditulis netizen.
View this post on Instagram
Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Nasuha Wira berkata gadis dan wanita di dalam video berkenaan adalah adik-adik perempuannya yang sedang menolong bapa menyiapkan sambungan rumah mereka di Kampung Kelulut, Marang, Terengganu.
Adik beradik Nurul Nasuha bergotong royong membantu bapa mereka membuat sambungan rumah.
“Kami seramai enam beradik perempuan memang daripada kecil dah rajin tolong ayah buat rumah. Ayah ni dari dulu buat sendiri je termasuk rumah yang kami duduki sekarang… jarang sangat up4h orang.
“Kiranya dari kecil lagi, kami semua dah bergotong-royong dan diberi pendedahan. Ketika ini ayah nak sambung sikit rumah, kebetulan pula semua adik saya ada dekat kampung sebab masing-masing terp4ksa meneruskan pembelajaran secara dalam talian (online).
“Jadi kami semua termasuk emak bergotong royong… ada yang bancuh simen, ikat bata, tolak tanah dan macam-macam lagi. Hanya abang sulung saja tiada sebab bekerja ketika itu,” ujar anak kedua daripada lapan adik beradik ini.
Nurul Nasuha (kanan) bersama tujuh adik beradiknya.
Menurut wanita berusia 28 tahun ini, bapanya pernah menghantarnya dan seorang lagi adik perempuan untuk mengikuti kursus kemahiran dalam bidang pembinaan di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
“Kiranya ada la serba sedikit ilmu dalam bidang pembinaan ini. Lagi pula sekarang ni sus4h sikit nak up4h tukang sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.
Tambah Nurul Nasuha, jantina bukanlah hal4ngan untuk seseorang wanita melakukan kerja-kerja yang biasa dipelopori lelaki asalkan mempunyai pengetahuan dan mementingkan keselamatan.
Ada yang offer jadi menantu ayahlah, ada yang nak ‘booking’ adik-adik lah… macam-macam. Adik-adik saya gelak-gelak saja baca.
NURUL NASUHA
“Kalau bab bancuh simen, ikat bata, gerudi, pasang siling tu memang kami buat gotong rotong dengan panduan daripada ayah. Bila gotong royong memang enjoy. Adik-adik saya semua minat dan rajin nak menolong. Kami biasa buat waktu hujung minggu atau masa adik tak ada kelas.
“Ramai sebenarnya wanita dekat luar sana yang berkebolehan buat macam ni…. bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tapi mungkin video saya ni kebetulan pula viral,” ujarnya.
Keluarga besar Nurul Nasuha.
Hanya suka-suka berkongsi di aplikasi TikTok, Nurul Nasuha berkata dia terh4ru apabila menerima komen positif daripada netizen.
“Macam-macam komen netizen. Ada yang offer jadi menantu ayahlah, ada yang nak ‘booking’ adik-adik lah… macam-macam. Adik-adik saya gelak-gelak saja baca,” katanya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply