Gelagat pengantin dengan BFF buat ramai tersenyum, “Friendship goals…”

Bukan semua orang bertuah untuk memiliki sahabat baik yang akan kekal di sisi mereka dalam apa jua situasi, sehingga ke hari tua. Biasanya kita akan bertukar-tukar kawan apabila masuk ke peringkat-peringkat kehidupan yang berbeza seperti zaman sekolah, kehidupan universiti dan alam pekerjaan.

Sebuah video yang tular di Twitter baru-baru ini pula telah membuat penonton tersenyum menyaksikan gelagat seorang pengantin wanita dengan rakan baiknya di majlis perkahwinannya.

Pada hari perkahwinan tentunya pengantin inginkan ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan baik mereka hadir menyaksikan mereka bergembira di hari bermakna itu, namun biasanya pengantin akan lebih banyak meluangkan masa dengan pasangan mereka di pelamin atau lantai tarian.

Namun lain yang dilakukan oleh pengantin wanita ini apabila dia mencvri tumpuan menari bersama rakan baiknya sambil disaksikan tetamu.

Apa yang lebih mencuit hati adalah kedua-dua mereka menari rutin tarian yang seragam kepada lagu BTS menunjukkan kedua-dua wanita itu banyak meluangkan masa bersama ketika muda.

Gelagat kedua BFF itu ternyata membuat ramai rasa ‘aww’ dan inginkan situasi yang sama di hari perkahwinan mereka.

“Kat mana nak cari kawan macam ni…”

“Friendship goals…”

“Kalau ni perkahwinan orang Filipina mesti semua orang hafal tarian..”

“Aku nak bff macam ni dalam hidup sorang pun jadi lah…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*