“Jangan cakap tak suka… kan dah kahwin!” – Suami muda 6 tahun, wanita akui mulanya keberatan terima lamaran… tapi apa sebab berubah fikiran?

KALAU sudah jodoh, perbezaan usia bukanlah halangan untuk mendirikan rumah tangga.

Begitulah juga halnya dengan wanita ini yang bertemu jodoh dengan seorang jejaka yang muda enam tahun daripadanya.

“Jangan cakap tak suka tau… kan dah kahwin. Cakap tak suka, last-last dapat yang tak suka tu,” demikian kapsyen pada video yang dimua naik wanita berkenaan ketika berkongsi kisahnya di aplikasi TikTok.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih daripada 100,000 jumlah tontonan dengan rata-rata netizen turut berkongsi kisah masing-masing.

Menurut Nur Fazilah Arzahari, 27, perkenalan dengan suaminya, Muhammad Hafiz Sharuddin bermula tanpa dirancang selepas dia membeli burger daripada pemuda berkenaan hasil rekomendasi seorang rakan.

“Ada kawan saya promote burger yang dijual oleh suami tahun lepas. Memang masa itu kami saling tidak mengenali. Saya pun saja order tak ada niat apa-apa, sekadar beli untuk makan, dalam masa yang sama support perniagaan dia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Lagi pun kawasan rumah kami berdua tak jauh sebenarnya. Waktu dia COD (hantar) burger yang saya order, ibu saya yang keluar ambil.. saya segan sikit. Jadi memang tak tahu muka tuan burger tu.

“Nak dijadikan cerita, tak lama kemudian dia balas kembali dengan membeli barang yang saya jual. Saya buat bisnes online jual produk wajah, anak tudung dan barangan berkaitan wanita. Kononnya dia beli untuk ibu dia.

“Masa saya COD barang ke rumahnya, itulah kali pertama kami bertemu. Tak lama selepas itu, dia WhatsApp saya guna nombor peribadi, bukan number bisnes. Dan bermula daripada situlah kami berkawan dan mulai serius untuk ke fasa seterusnya,” cerita wanita yang senang disapa sebagai Ila.

Tambah Ila lagi, ketika suaminya menyatakan hasrat untuk menyuntingnya sebagai isteri, dia mengakui agak keberatan kerana memikirkan usia lelaki berkenaan yang baharu memasuki 20 tahun.

muda baru 2

Pasangan ini diijabkabulkan pada Mac lalu selepas hampir setahun mengenali hati budi masing-masing.

“Tahun lepas waktu kenal, umurnya baru 20 tahun… saya mula-mula memang tak boleh terima. Sebenarnya saya pernah berkawan dengan lelaki yang muda sebelum ini, namun tidaklah semuda dia.

“Bagi saya usia macam tu mesti tak matang, lebih suka habiskan masa dengan melepak bersama kawan-kawan. Tapi dia membuktikan tanggapan saya salah. Walaupun muda, ketika itu dia berusaha gigih dengan berniaga untuk kumpul duit kahwin.

“Apa yang membuatkan saya yakin apabila ibu dan bapanya pun cakap anak sulung mereka memang rajin bekerja kerana nak berumah tangga. Selain itu, sikap suami yang pandai mengambil hati ibu dan bapa saya buat saya jatuh hati.

Dia membuktikan tanggapan saya salah. Walaupun muda, ketika itu dia berusaha gigih dengan berniaga untuk kumpul duit kahwin.

NUR FAZILAH ARZAHARI

“Mungkin ramai berpendapat lelaki muda lambat matang, tapi sebenarnya suami lebih matang daripada saya, baik daripada sikap, pemikiran dan juga tingkah laku. Itu yang membuatkan saya yakin menerimanya,” ujarnya yang menetap di Simpang Empat, Pulau Pinang.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Januari 2021 selepas lapan bulan mengenali hati budi masing-masing, dan selamat diijabkabulkan pada Mac 2021.

Tambah Ila, selain meneruskan perniagaan online, dia turut membantu suaminya yang juga pemilik Al-Hafiz Burger selepas mereka berkahwin.

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Ila berkata dia sekadar mahu mengimbas kembali detik perkenalan dengan suami dan mengabadikan memori di media sosial.

muda baru 1

Ila kini membantu suaminya menguruskan bisnes burger yang sudah dimulakan sejak tiga tahun lalu.

“Rupa-rupanya ramai juga yang sama dengan saya apabila bercinta dan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda. Ada yang kongsi kisah ibu bapanya yang mempunyai jarak sehingga berbelas tahun.

“Dalam masa yang sama, ada juga yang komen mereka pada mulanya bimbang dapat jodoh lelaki muda namun selepas melihat perkongsian saya, sedikit sebanyak timbul rasa yakin.

“Tak kurang juga ada yang mendoakan kami… terima kasih sangat. Bagi saya, jarak usia bukanlah halangan. Kematangan seseorang tak semestinya bergantung kepada umur, tetapi perwatakan dan cara pembawakannya,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*