[VIDEO] Dua Beradik Miliki Anak Mata Warna Biru Jadi Perhatian Ramai

Memiliki sesuatu keadaan yang berbeza dari yang lain menjadi keistimewaan buat seseorang itu. Dua beradik miliki anak mata warna biru dari Kampung Chenerai, Mukim Siong, Baling, Kedah ini menjadi perhatian ramai.

Menerusi laporan Kosmo, keistimewaan yang dimiliki dua beradik ini telah meraih perhatian ramai sejak mereka kecil lagi. Kedua beradik bernama Umi Aqilah Ahmad Zailani, 18, dan adiknya, Mohamad Safwan, 12 ini mewarisi keistimewaan tersebut dari bapa mereka.

Dalam rakaman temubual dimuat naik di Instagram Kosmo itu terlihat jelas anak mata dua beradik ini berwarna biru seakan memakai kanta lekap. Berikut adalah rakaman tersebut:

Difahamkan juga bapa mereka, Ahmad Zailani Dolah, 51 berkemungkinan mewarisi keistimewaan tersebut daripada moyangnya. Bagaimanapun menurut ibu dua beradik ini, Umi Aqilah dan Mohamad Safwan sahaja yang memiliki anak mata biru dan adik-beradik yang lain mempunyai warna mata normal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)


Selain itu, ibunya juga bercerita dia pernah dit3gur kerana disangka memakaikan kanta lekap pada anaknya yang masih kecil. Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Confirm nanti dah besar cantik atau hensem lawoo helokk”

Anak Mata Warna Biru 3

“Suhanallah lagi cantik mata dia daripada lens”

Anak Mata Warna Biru 2

“Cantik la mata biru, tak payah dah pakai contact lens”

Anak Mata Warna Biru 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*