“Nak Nampak Menarik…Kenalah Keluar Duit” – Nabila Huda Tak Berkira Untuk Cantik!

Aktres popular, Nabila Huda berkongsi pendapat mengenai usaha yang perlu dilakukan oleh seorang anak seni untuk kelihatan menarik di kaca TV.

Menurut Nabila yang mesra disapa Abil, tidak salah untuk berkongsi rezeki membayar jurusolek dan mereka yang terlibat dengan urusan penggayaan.

“Kalau mahu kelihatan menarik di skrin, nak nampak presentable, kenalah keluar duit, tak salah untuk kita kongsikan rezeki kita pada teman-teman yang terkesan juga ketika pandemik ini.

“Jangan berkira, dalam masa yang sama, kita juga puas hati dengan hasil itu nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


“Saya bukan selebriti yang pandai sendiri, saya sentiasa perlukan mereka yang pakar untuk siapkan yang diperlukan untuk watak seorang pengacara, ini pun dipanggil usaha,” kongsinya di Instagram.

Dalam entri sama, Abil berkongsi beberapa foto disolek cantik oleh Khir Khalid selain mengenakan persalinan Louis Vuitton untuk sebuah program hiburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Di ruangan komen pula, rata-rata pengikut dan rakan selebriti memuji gaya dan solekan anak legenda rock Amy Search itu.

Komen Netizen:

Kredit Foto: Instagram Nabila Huda (foto oleh @biboaswan)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*