[Vide0] Tak Biasa Jumpa Rumput, Oyen Jalan Meng3nsot Undang Ketawa

Kalau bercakap tentang kucing berwarna oren atau si oyen, mestinya ramai yang akan teringat tentang ken4kalan mereka ini. Biasanya oyen ini lebih n4kal daripada kucing-kucing yang lain dan ada sahaja perkara unik yang dilakukan oleh mereka.

Sama macam gelagat kucing ini apabila dilihat berjalan dengan gaya yang pelik gara-gara tidak biasa dengan rumput yang dipijaknya ini. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari sejuta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing berwarna oren itu dilihat berada di sebuah padang rumput tempat orang ramai beriadah. Menurut pemiliknya, pada awalnya dia sengaja membawa kucing itu ke situ untuk memberinya ruang untuk bermain lari-lari di situ.

Namun lain pula yang berlaku pada akhirnya apabila kucing itu dilihat mula berjalan dalam keadaan yang pelik dan kelihatan seperti meng3nsot. Bukan itu sahaja, kucing itu juga berjalan dengan perlahan-lahan seperti askar yang sedang berlatih.

Gelagatnya ini turut membuatkan pemiliknya berasa hairan namun turut terhibur melihatnya. Turut dapat dilihat, kucing itu yang berjalan dengan perlahan-lahan sambil matanya yang bulat memandang sekeliling.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat oyen yang kelihatan seperti tidak biasa dengan rumput di situ. Ada juga yang berseloroh mungkin juga kucing itu berasa t4kut dengan tempat baru yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

“Lapangan terbuka takut dis4mbar helang.”

tak biasa jumpa

“Ada seekor kat rumah macam ni, tak boleh bawak keluar.”

kucing

“Biawak berbulu oyen.”

komen

“Oyen masuk latihan tentera.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*