“Senang je dia jawab eight takda..” -Gelagat Anak Gadis Shakilla Ni Belajar Mengira Buat Ramai Cair

Mempunyai anak yang comel dan cerdik adalah idaman semua insan yang bergelar ibu bapa. Anak merupakan penyeri rumah tangga dan bila anak itu cukup cerdik untuk menjadi kawan kita maka ianya beruntung untuk diri kita.

Pelakon berbadan genit, Shakilla Khoriri adalah seorang pelakon yang berkaliber. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Pengaracara radio iaitu Fizi Ali dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel bernama Ameena Sofia yang berumur 2 tahun.

Mencoretkan rasa sangat bersyukur, Shakilla yang sebelum ini tidak pernah terlintas akan bergelar ibu, mengakui bahawa kehadiran puteri kesayangan bagaikan satu rahmat dan anugerah yang terindah dari Allah s.w.t.

Selalunya shakilla akan selalu memuatnaik aktiviti bersama ameena di aplikasi Tik Toknya. Kali ini, ada satu video yang amat mencuit hati semua netizen yang melihatnya apabila ameena belajar mengira iaitu dari nombor 1-10 tetapi bila ditanya di manakah nombor yang ke 8, dengan comelnya ameena menjawab tak ada.

Video:

@shakillakhoriri

I think Tik Tokers kena belajar mengira with Ameena. ??

♬ original sound – shakillakhoriri – shakillakhoriri

Video tersebut mendapat beribu tontonan dan beratus komen yang juga bersetuju bahawa kecomelan dan kecerdikan ameena membuatkan ramai sayang dan ingin selalu mengikuti perkembangan si comel ameena itu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*