“Saya Pun Rasa Down” – Perut Bvncit Lepas Bersalin, Ernie Zakri Bagi Tips Untuk Ibu-Ibu Jadi Lebih Confident!

Penyanyi bervokal lantang, Ernie Zakri berkongsi pengalaman ketika menjalani proses kelahiran anak sulungnya pada Februari yang lalu kepada seorang peminat.

Menurut seorang individu, dia berkongsi rasa sedih dan kecewa kepada Ernie kerana fizikalnya yang berubah selepas menjalani pemb3dahan sewaktu bersalin menerusi sesi soal jawab di aplikasi NGL.

“Saya rasa down lepas pembedahan anak ke-2, perut saya jadi bvncit.

“Berat badan dah ok tapi perut masih kedepan, sampai ada yang ingat saya mengandung lagi.

“Padahal baru je bersalin tahun lepas,” lu4h rasa sedih seorang peminat.

Menurut pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri, dia menasihati individu berkenaan untuk kuatkan semangatnya dan secara perlahan memulihkan keadaannya.

“Perlahan-lahan ok, itu normal. Saya sendiri pun down dan masih ada lagi perut comel tu.

“Kalau saya nak rasa ok, saya akan pakai pakaian yang bersesuaian dan cover beberapa tempat yang perlu dilihat oleh orang. Jadi lepas itu, pemikiran kita akan semakin baik.

“Kalau awak ada lebih masa, boleh buat senaman secara perlahan-lahan. Fokus pada bahagian bawah ABS sahaja.

“Inysa-Allah, dah nama pun jahit di situ kan, memang akan mengambil masa,” jawab Ernie. Sekadar info, Ernie sah bergelar isteri kepada penyanyi Syamel pada Mac tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Khawla Soleha.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*