[VIDEO] Kelakar habis, hadiah yang dibawa kawan pengantin ini buat ramai terhibur

Apabila seseorang menamatkan zaman bujang bersama kekasih pujaan hati, pasti kehadiran teman rapat antara yang ditunggu-tunggu pasangan pengantin.

Mereka yang mungkin sudah dikenali sejak zaman remaja pastinya akan membikin suasana lebih havoc.

Pelbagai ragam dapat dilihat sama ada kena pengantin kena ‘pr4nk‘ atau gurau senda yang mencuit hati.

Perkongsian seorang pemuda, ewan_wmr di dalam akaun TikTok miliknya mengenai majlis perkahwinan sahabatnya membuatkan ramai netizen geli hati.

Mana tidaknya, hadiah yang dibawa bukan calang-calang. Boleh lengkap perkakas rumah dibuatnya. Video pendek yang dikongsikan mempunyai ceritanya tersendiri.

Paling lucu, video pertama berdurasi 1 minit 38 saat yang mana segerombolan pemuda membawa hadiah masing-masing tanpa segan-silu.

Paling mencuit hati, antara hadiah yang dibawa bersama seperti mesin basuh dengan nota masih hutang, rak baju dan ampaian. Aduhai memang kelakar habis.

Kedatangan bukan sahaja disambut dengan senyuman si pengantin, tetapi gelak ketawa daripada keluarga dan tetamu yang datang bergema di seluruh rumah.

Video:

@ewan_wmr

Jarang x meriah lau kawan2 kg yg kawin?yg penting jgn lupe bayar??#ditaja #fyp #foryou #raikanrajasehari

♬ original sound – CeoMeriamPuaka? – CeoMeriamPuaka?

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut turut terhibur. Memang meriah jika mempunyai sahabat yang jenis happy go lucky dan gil4-gil4.

Ramai yang bersetuju dengan hadiah yang dibawa kepada pengantin bagi memudahkan urusan selepas berkahwin. Walaupun nampak kelakar, namun kesemua barangan tersebut memang praktikal dan diguna pakai di rumah.

Apa yang penting sahabat yang sentiasa di sisi pada saat diperlukan memang susah nak dapat pada zaman sekarang ini. Jadi, hargailah teman-teman yang berkawan dengan hati yang ikhlas dan bukannya sebaliknya.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 223.1k tontonan, 16.2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat mereka.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok ewan_wmr

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*