[VIDEO] Ramai teruja bila Aaisyah Dhia Rana berpakaian ala ‘bollywood’

Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik anak perempuan kepada selebriti jelita, Che Ta dan Zain Saidin yang diberi nama Aaisyah Dhia Rana sudah mencecah usia 8 tahun.

Anak d4ra kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini memang comel habis! Koleksi video telatah anak kecil yang diberi nama Aaisyah Dhia Rana saban hari menghiburkan ramai pengikutnya di laman Instagram milik si comel ini.

Manalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, lihat sahaja ibunya yang sentiasa tampil cantik tidak ke mana juga di mana dia berada. Anak kepada Rozita Che Ta dan Zain Saidin ini sememangnya memiliki peminat tersendiri.

Terbaru menerusi laman instagram Che Ta, Aaisyah Dhia Rana sekali lagi mencvri tumpuan ramai apabila tampil mengenakan busana ala-ala bollywood.

Berdasarkan video, Aaisyah dilihat sedang memperbetulkan anting-anting di telinganya, selain mengenakan ‘palazzo bollywood’ dan ‘makeup’ di muka.

“Hampa ghasaaa, kalau anting anting sebesaq planet tu dia pandai dahhh pakai sendiqiiiiiiii, dia cakap “mommy meh Aaisyah pakai sendiqi” – dengan loghat kedah dia yang tak berapa nak kedah tu.

“Dia memang suka melaram dari kecik hampa, kami nak larang pun dah memang dia suka melarammmmmm, karang kami tak bagi dia nangis merajuk, satu hapah tak gunaaaaaa. Kami pulak yang pening nak pujuk

“Biaq p laaa dia, janji dia happy hampaaaa, kalau anak hampa nak bergaya sakan pun takdak sapa nak larangg, janji depa gembiraaaa, kita pun senang hati dakkkk?

“Cuba tengok inai che ta kami kat jari dia tuuuu, mentang mentang la ada shoot, kemainnn dia topappp siapppppp yeeeee, kalo hampa nak cakap ratu inai bukan kami tau, si budak kecik ni ratu inaiiiii…pantang tumbuh kuku baqu teruihhhh nak menopappppp inai.Letupssssssss dia!,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 38.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata teruja melihat kecomelan Aaisyah.

Untuk makluman, Che Ta dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra,24.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram rozitachewan1

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*